Ketahui Kos-kos yang Perlu Ditanggung oleh Penjual untuk Menjual Rumah.

kos jual rumah

Jual rumah pun ada kos yang perlu dikeluarkan?

Ya bossku, jangan terkejut.

Sekiranya anda jual rumah anda dengan harga RM 100k, jangan berangan anda akan dapat bersih RM 100k. Di bawah saya senaraikan secara ringkas apakah kos-kos tersebut.

  1. Kos ejen.Anda mesti datang ke blog ini untuk mencari ejen kan? Jadi semestinya kos ejen adalah kos paling utama yang wajib untuk dikeluarkan. Biasanya ejen akan caj 3% daripada harga jualan. Ada juga ejen yang menetapkan caj minimum bagi harga di bawah paras tertentu, seperti syarikat saya sendiri.Bilakah perlu membayar kepada ejen?

    Biasa ejen akan caj ‘fee’ tersebut daripada ‘booking’ @ ‘earnest deposit’ pembeli. Sekiranya booking tersebut tidak mencukupi sebanyak 3%, biasanya ejen akan caj apabila pembayaran dikeluarkan daripada bank pembeli kepada peguam.

  2. Kos pelepasan gadaian.Adakah rumah yang nak dijual tersebut masih dalam gadaian bank / LPPSA? Sekiranya ya, maka penjual perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk membayar kos pelepasan gadaian kepada peguam dan pejabat tanah. Amaun bergantung kepada pejabat tanah negeri masing-masing. Jika di Kelantan, kos pelepasan gadaian yang terkini adalah sekitar RM 1,000 – RM 3,000.
  3. CKHT / RPGT. Cukai Keuntungan Harta Tanah.

    Sekiranya pemilikan rumah belum mencukupi 5 tahun, anda perlu bayar CKHT jika ada keuntungan. Rujuk di sini untuk jadual kadar cukai.

    Bagaimana dengan rumah yang sudah melebihi 5 tahun?

    Jawabnya YA.

    Anda tetap perlu membayar cukai tersebut. Bermula tahun 2019, kerajaan telah menetapkan bahawa CKHT akan dikenakan pada setiap penjualan hartanah, walaupun sudah melebihi 5 tahun. Cajnya adalah 5% daripada keuntungan.

  4. Segala tunggakan bil dan cukai. Anda perlu serahkan rumah dalam keadaan ‘clean & clear’ daripada sebarang ‘outstanding bills’. Antaranya adalah bil elektrik, bil air, cukai pintu, cukai tanah, dan ‘maintenance fee & service charge’ bagi apartment dan kondominium.

Contoh: 

Sekiranya Encik Ahmad ingin menjual rumah beliau di Kota Bharu dengan harga RM 100,000. Beliau pun melantik saya sebagai ejen beliau. Rumah tersebut masih dalam gadaian BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan) dengan baki pinjaman sebanyak RM 10,000. Katakan rumah ini sudah melebihi 5 tahun pemilikan, dengan harga beli dulu sebanyak RM 50,000.

  • Harga rumah: 100,000
  • Kos ejen: 6,000
  • Kos pelepasan gadaian: 3,000
  • Tunggakan bil & cukai: 1,000
  • Baki pinjaman: 10,000
  • CKHT: 2,500 (saya ambil kira keuntungan adalah sebanyak RM 50k, untuk memudahkan pengiraan)

Jadi hasil bersih daripada harga jualan yang En Ahmad akan dapat:

100,000 – 6,000 – 3,000 – 1,000 – 10,000 – 2,500 = RM 77,500 sahaja. 

Kesimpulannya, adalah dinasihatkan untuk buat kiraan terlebih dahulu sebelum menjual rumah. Kalau anda rasa tidak mahu pening kepala, hubungi ejen anda dan pastikan beliau boleh kirakan untuk anda.

Cara-cara Membaca Geran Tanah (Siri 2)

Maklumat-maklumat hartanah adalah kandungan utama dalam geran. Jom kita tengok satu persatu. Saya hanya fokus pada item-item yang penting sahaja.

membaca geran tanah
Enter a caption

Negeri: Negeri mana tanah tersebut berada.

Daerah / Jajahan: Yang menarik di Kelantan, pejabat tanah adalah mengikut jajahan, bukan daerah. 10 jajahan yang ada di Kelantan. Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Bachok, Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Jeli.

Mukim. Bagi setiap jajahan, terdapat beberapa mukim di bawahnya.

Lot. No. LOT adalah untuk hakmilik tetap. Manakala no. PT untuk hakmilik sementara. Contoh PT 1234, LOT 4321. Ada juga lot yang dibahagi mengikut seksyen.

Kategori Penggunaan Tanah. Ada beberapa kategori, antaranya adalah Pertanian, Bangunan, Perindustrian / Perusahaan. Setiap kategori ada syarat-syarat nyata yang berlainan. Nilaian tanah pun berbeza mengikut kategori masing-masing.

Keluasan. Unit yang biasa diguna untuk keluasan tanah adalah hektar (untuk tanah pertanian) dan meter persegi (untuk tanah bangunan). Kadang-kadang unit ekar dan depa pun turut digunakan.

Ok, jom kita lihat pula perenggan seterusnya. Di sini kita akan dapati jenis hak milik & rezab melayu atau tidak. Sekiranya ditulis tanah ini diberi milik selama-lamanya, maka ia adalah tanah ‘freehold’. Sekiranya ditulis pajakan, maka ia adalah tanah pajakan, (leasehold) jadi lihat berapa lama tempoh pajakan. Sama ada 33 tahun, 66 tahun atau 99 tahun. Untuk mengetahui tarikh luput pajakan, lihat pada barisan atas. Akan ditulis bila tarikhnya.

Dalam kawasan rezab melayu. Ini bermaksud tanah ini tertakluk kepada undang-undang tanah rezab melayu. Sekiranya tidak ditulis, besar kemungkinan tanah ini bukan rezab melayu. Maka bukan melayu boleh memilikinya. Kadang-kadang ada orang melabel tanah bukan rezab Melayu sebagai tanah ‘freehold’ juga, yang bermaksud pegangan bebas.

membaca geran tanah

Syarat-syarat nyata. Kalau diperhatikan di muka surat bawah ataupun di muka surat dua bahagian atas, terdapat item sebegini. Syarat-syarat nyata membahagikan kategori-kategori tanah secara lebih spesifik. Contohnya syarat-syarat nyata bagi tanah pertanian adalah padi, dusun macam-macam, getah. Manakala bagi tanah bangunan adalah kediamaan atau perniagaan. Daripada syarat-syarat nyata ini, kita boleh menduga bagaimana keadaan tanah tersebut, contohnya jika tanah padi, adakah perlu ditambun sekiranya ingin buat bangunan, berpaya atau tidak, adakah ada rezab jalan atau tidak? Nilaiannya pun berbeza mengikut syarat-syarat nyata masing-masing.

Sekatan-sekatan kepentingan. Saya kira bahagian ini adalah perkara kedua paling penting selepas maklumat tanah. Sekatan kepentingan merupakan batasan atau sekatan hak tuan tanah ke atas tanah tersebut, bagi maksud menjaga kepntingan tanah-tanah tersebut. Yang biasa dijumpai adalah berkenaan sekatan pindahmilik atau gadaian. Wajib bagi mereka yang ingin membeli tanah @ rumah untuk membaca bahagian ini. Antara sekatan kepentingan yang biasa terdapat dalam geran tanah adalah “tanah yang tersebut tidak boleh dipindahmilik dalam tempoh 10 tahun daripada tarikh didaftarkan”. Haaa..jadi berwaspadalah kalau nak beli tanah macam ni.

Ok..kita sambung siri ke-3 pulak next time.

Apakah kos yang perlu ditanggung untuk membeli rumah?

kos pembelian rumah

Penting bagi setiap pembeli rumah untuk mengetahui apa kos yang perlu dibayar secara tunai untuk membeli sesebuah rumah. Ramai yang menyangka dia tak perlu menanggung apa-apa kos melainkan sejumlah deposit sahaja, tapi sebenarnya tidak.

Sebenarnya kos-kos pembelian rumah berbeza mengikut jenis hartanah yang dibeli. Rumah baru, rumah second hand (subsale), dan rumah lelong masing-masing mempunyai kos-kos tersendiri.

Rumah baru 

Sekiranya rumah ini dibeli dari pemaju besar, kebiasaannya pembeli hanya perlu membayar jumlah deposit yang kecil. Contohnya Rm 3000. Manakala untuk kos guaman pula bergantung kepada pemaju. Ada pakej di mana harga rumah disertakan sekali dengan kos guaman. Ada pemaju yang tanggung separuh sahaja kos guaman, separuh lagi ditanggung oleh pembeli. Ada pemaju yang ‘kedekut’ (jangan marah…hehe), keseluruhan kos guaman ditanggung oleh pembeli.

Jadi, kebanyakan rumah baru daripada pemaju, pembeli hanya menaggung kos deposit sahaja.

Rumah subsale (second hand)

Yang ni banyak kosnya. Sebab tu apabila pembeli menghubungi saya bertanya berapa kos yang perlu dibayar tunai, ramai yang terkejut sebab kosnya agak banyak. Saya katakan perkara tersebut adalah biasa, cuma awak saja yang tak biasa dengar. Itu la..nak beli rumah, tapi tak nak belajar dulu. Beli rumah bukanlah semudah beli bawang kat pasar.

Jadi kos-kos yang perlu ditanggung adalah:

  1. Deposit. Kebiasaannya adalah 10%. 3% dibayar sebagai tanda jadi membeli rumah tersebut. Bayar sebelum sign agreement jual beli. Baki 7% dibayar apabila sudah sign agreement.
  2. Kos guaman. Kebiasaanya ditanggung sepenuhnya oleh pembeli. Dah awak yang nk beli rumah tu, kenapa pula penjual kena tanggung? Penjual rumah subsale adalah individu, bukannya syarikat pemaju…mana la ada duit nak tanggung semua tu. Kalau dia ada duit pun, buat apa dia bayar kos peguam, sedangkan peguam tu dibayar untuk mewakili pembeli.Perlu diingat, kos peguam berbeza untuk jenis pembelian. Sekiranya pembelian rumah secara tunai, kosnya lebih murah sebab hanya perlu buat perjanjian jual beli dan pindah milik sahaja. Sekiranya pembelian dengan menggunakan loan kerajaan atau bank, maka kosnya lebih tinggi sebab ada loan agreement. Biasanya kos loan agreement untuk pinjaman kerajaan lebih rendah daripada loan agreement pinjaman bank.
  3. Kos penilaian. Yang ni ramai pembeli terlepas pandang. Bagi pembelian rumah dengan loan bank, bank memerlukan laporan penilaian lengkap berkenaan rumah tersebut daripada syarikat panel penilai bank. Kos laporan penilaian ni perlu ditanggung oleh pembeli. Selagi mana tak bayar kepada penilai, selagi tu la bank tak akan release duit kepada penjual. Dan selagi itu lah anda selaku pembeli takkan dapat anak kunci rumah tersebut. Haha.

Rumah lelong. 

Yang ni kena hurai dalam post lain, tapi secara ringkasnya ada beberapa kos yang perlu ditanggung:

  1. 10% deposit dalam bentuk bankdraf. Perlu dibawa masa hari lelongan. Kalau tak ada 10% deposit, jawabnya tak layak untuk masuk lelong. Boleh balik.
  2. Sekiranya menang bidaan, kos penyediaan kontrak jualan yang perlu dibayar kepada pelelong. Kalau di Kelantan, kebiasaannya Rm 500.
  3. Kos pindah milik. Yang ni selepas pembayaran penuh dibuat.
  4. Kos penilaian & peguam, sekiranya anda ingin memohon loan bank.
  5. GST jangan lupa ooiKalau hartanah jenis komersil.

Saya harap post yang ringkas ni dapat membantu pembaca untuk buat anggaran berapa duit perlu ada dalam poket sebelum membeli rumah idaman. Perlu diingat, deposit, kos peguam dan kos penilaian adalah berbeza mengikut harga dan nilai rumah tersebut. Makin mahal rumah tu, makin tinggilah kosnya.

Sebelum setuju untuk beli rumah, sila tanya ejen anda secara detail berapa kos yang perlu dibayar, supaya tiada masalah di tengah-tengah jalan. Jangan tuduh penjual atau ejen atau lawyer nak aniaya anda pula, sebab ia adalah tanggungjawab anda untuk study dulu benda ni sebelum beli rumah. Apa-apapun keputusan di tangan anda, kalau rasa tak mampu untuk beli rumah, tangguh dahulu. Simpan duit, buat perancangan rapi, set target, kemudian barulah take action!

Ada nak jual rumah atau tanah di Kelantan? Hubungi saya segera 013 357 3059. 

Pemilihan Bank untuk Pinjaman Perumahan

pembiayaan perumahan oleh bank

Ramai yang bertanya bank yang mana sesuai untuk dibuat pinjaman perumahan. Bagi saya ia terpulang kepada kehendak dan kemampuan masing-masing.

Secara umumnya saya hanya boleh kongsi beberapa tips secara umum, seterusnya terpulang kepada pembaca untuk survey bank mana yang menepati ciri-ciri yang sesuai dengan dirinya.

1. Kadar interest yang terendah. 

Kebiasaannya inilah faktor utama yang mempengaruhi bank mana seseorang itu akan buat pinjaman. Semestinya semua nak kadar interest yang terendah.

2. Tempoh kelulusan yang singkat. 

Ada bank yang ambil masa hanya 3 hari. Ada yang telan masa sampai seminggu. Tempoh ni juga bergantung kepada kecekapan pegawai bank tersebut, dan juga dokumen-dokumen pemohon sama ada mencukupi atau tidak. Kalau yang ambil masa singkat, tak semestinya kadar interestnya menarik.

Kalau memang tergesa-gesa untuk dapatkan pinjaman (dalam kes yang mana dah bayar earnest deposit)…usah bazir masa..apply sahaja bank yang bagi kelulusan cepat.

3. Syarat-syarat yang longgar atau ketat. 

Ada sesetengah bank mengenakan syarat yang agak ketat, contohnya nett income mestilah RM 1500 sebulan. Ada bank yang agak longgar. Kalau rasa gaji tu tak berapa cantik tambah lagi komitmen bulanan dan tinggi, boleh lah pergi usha2 bank yang longgar syaratnya. Kalau slip gaji & komitmen luar memang cantik, tak perlu risau tentang benda ni.

4. Ada lock-in period atau tidak. 

Biasanya pelabur hartanah yang concern pasal benda ni. Kalau target dia nak jual balik hartanah yang dia beli dalam masa terdekat, maka eloklah kalau ambil bank yang tiada lock-in period, atau periodnya singkat…contohnya 3 tahun sahaja. Sekiranya dia lunaskan segala hutangnya sebelum tamat lock-in period, maka akan dikenakan penalti oleh pihak bank.

5. Margin pembiayaan. 

Berapa peratus bank boleh bagi pinjaman? Adakah 100% atau hanya 90%. Apa yang saya tahu, sekarang hanya 2 bank yang menawarkan margin 100% iaitu Bank Rakyat dan BSN..melalui pakej rumah pertama. Tapi interestnya agak tinggi.

Jadi seeloknya guna duit simpanan sendiri untuk bayar 10% harga rumah secara cash. Selebihnya 90% itu dari pinjaman bank. Tapi kalau dah terdesak sangat, biasa pembeli tetap akan ambil yang 100% punya…terutamanya pembeli Melayu..hehe.

6. Zero moving cost. 

Ini kalau yang jenis desperate nak beli rumah tapi takder duit untuk bayar legal fees dan kos penilaian. Ada pakej yang menawarkan bayaran legal fees (biasanya sebahagiannya sahaja) dan kos penilaian ditanggung oleh bank. Jangan lupa check dulu berapa interest rate…adakah berbaloi untuk ambil pakej ni.

Sekiranya client saya mampu bayar kos-kos terbabit secara cash, saya akan nasihatinya supaya bayar cash. Usah banyakkan hutang anda.

7. Pembiayaan Islamic atau Pinjaman Konvensional. 

Semestinya perlu pilih yang Islamic punya. Kebanyakan bank (hampir kesemuanya) sudah ada pembiayaan versi Islamic, jadi tak perlu risau.

Harap-harapnya perkongsian saya ni dapat memberi manfaat kepada pembaca. Tq.

7 Servis Hartanah Menarik Untuk Anda.

jual rumah dan tanah di Kelantan

Bagaimanakah saya boleh bantu anda? Itu persoalan yang saya ingin jawab dalam post ini. Sebagai seorang ejen hartanah, saya menawarkan perkhidmatan seperti berikut:

  1. Menjadi ejen jualan bagi hartanah anda.

Kalau pihak anda memiliki hartanah (rumah atau tanah) yang ingin dijual, tetapi tiada masa untuk menguruskannya, ataupun merasakan rumit untuk menguruskannya, saya sudi memberikan khidmat yang termampu. Siapa tahu mungkin database yang saya ada boleh mempercepatkan penjualan rumah anda? Caj yang saya kenakan biasanya hanya 3% daripada harga jualan, apabila hartanah tersebut berjaya dijual. Agak mahal? Jangan risau..rundingan masih boleh dilakukan.

  1. Menjadi ejen pembelian bagi hartanah anda.

Ramai di kalangan kita yang mencari-cari tanah di tempat yang spesifik, tetapi tiada masa untuk meneliti satu-persatu iklan yang ada. Saya akan membantu pihak anda dalam misi mencari hartanah tersebut. Saya akan teliti satu-persatu adakah ianya sesuai & selamat untuk anda miliki termasuklah melakukan site visit. Sekiranya semua ok, barulah saya akan propose kepada pihak anda. Caj yang dikenakan pun biasanya hanya 3% daripada harga belian (masih boleh runding).

  1. Menjadi ejen sewaan.

Kalau anda memiliki rumah kediaman atau rumah kedai untuk disewa, saya boleh tolong mempromosikannya dan menyaring penyewa-penyewa yang bagus. Caj hanya 1.25 bulan sewa sahaja.

Sekiranya anda mencari-cari rumah kediaman atau kedai untuk disewa di kawasan spesifik dengan harga spesifik, anda boleh melantik saya selaku ejen untuk melakukan tugas ini. Caj pun hanya 1.25 bulan sewa.

  1. Ejen hartanah lelong.

Sekiranya anda berminat untuk memasuki proses lelongan, anda boleh mendaftar dengan saya secara percuma. Ada proses yang berbayar, ada yang percuma, bergantung kepada keadaan.

  1. Bina rumah atas tanah sendiri.

Inilah yang menjadi pilihan dan trend rakyat Kelantan masa kini. Saya boleh membantu anda dengan merujuk kepada kontraktor-kontraktor yang berpengalaman. Networking saya meliputi kontraktor kecil-kecilan hinggalah syarikat yang besar. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Urusan guaman dan pinjaman juga akan diuruskan oleh pihak saya. Cajnya pula bergantung kepada keadaan.

  1. Runner hartanah.

Ya, inilah servis yang paling menarik boleh saya tawarkan. Saya tahu ramai yang tak sanggup habiskan masa berurusan di pejabat tanah mahupun PTG. Saya boleh menjadi wakil anda. Sebarang urusan yang boleh diwakilkan seperti membuat cabutan atau carian di pejabat-pejabat tanah di Kelantan dan juga Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bolehlah diserahkan kepada saya. Caj pun cukup reasonable. Berbaloi, tidak perlu habiskan waktu kerja anda dengan kerja-kerja yang meletihkan tu. Setakat ini servis saya meliputi kawasan Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas.

  1. Khidmat rundingan.

Walaupun saya masih baru dalam industri hartanah, namun saya sudi untuk berkongsi sebarang pengalaman dan ilmu dalam bidang ini. Jika anda memerlukan sebarang rundingan, bolehlah utarakan kepada saya dan jikalau saya tak mampu menyelesaikannya, saya akan rujuk kepada mereka yang pakar dalam perkara tersebut.

Tunggu apa lagi, saya tahu sesiapa yang membaca post ini pastinya memerlukan khidmat-khidmat yang saya sebut di atas. Paling kurang pun khidmat ke-6 atau 7. Cepat-cepat call saya di talian 013 357 3059. Ataupun email ke wmsafwan88@gmail.com. Boleh juga follow FB saya seperti link di bawah. Dan akhir sekali, share kepada kawan-kawan yer. Arigatou!

Pinjaman Kerajaan untuk Membeli Rumah.

Ramai bertanya tentang bagaimana untuk mengira kelayakan pinjaman kerajaan, dan berapa bayaran bulanan?

Ilmu ini saya cedok daripada blog PakTeh di loankerajaan.blogspot.my.

Pertama: Cek berapa kelayakan pinjaman anda berdasarkan gaji pokok. Boleh tengok jadual ni.

11986555_479690592204191_2339855167370447287_n

Kedua: Ansuran pinjaman perumahan untuk setiap bulan tidak boleh melebihi 60% daripada gaji pokok. Cara mudah untuk mengira berapa ansuran pinjaman bulanan ialah dengan membahagi dua jumlah pinjaman, kemudian bahagi 10.

Contohnya jumlah pinjaman ialah Rm 400 000, maka ansurannya lebih kurang Rm 2000. (Pengiraan sebegini untuk tempoh 30 tahun).

Untuk pengiraan tepat, boleh rujuk di sini.

Ketiga: Semua potongan komitmen dalam slip gaji + ansuran pinjaman perumahan tersebut tidak melebihi 60% daripada gaji kasar.

Contohnya jika gaji kasar adalah Rm 4000, maka semua komitmen termasuk ansuran pinjaman perumahan tidak melebihi Rm 2400.

Semoga bermanfaat.

Komen anda amat dihargai.

Rumah bagaimana yang ingin dibeli?

Real-Estate-marketApabila ingin membeli rumah, penting untuk kita tahu rumah bagaimana rumah yang ingin dibeli. Selain jenis rumah yang perlu dititik beratkan; teres, banglo, apartment, condominium, mesti diketahui rumah bagaimana yang ingin dibeli?

Secara asasnya saya pecahkan kepada 3 kategori, iaitu rumah baru (new unit), rumah subsale (rumah second hand), rumah lelong.

1. Rumah baru (New unit).

Boleh dibahagikan kepada dua. Rumah siap biasanya harga lebih tinggi berbanding rumah belum siap. Kelebihannya tiada risiko projek terbengkalai. Kalau anda beli rumah belum siap (under construction) daripada pemaju, risiko untuk projek terbangkalai itu ada. Sebab itulah seeloknya beli daripada pemaju yang sudah established, dan mempunyai rekod yang baik. Lebih-lebih lagi ketika krisis ekonomi seperti sekarang.

Kalau anda seorang investor, tempoh menunggu rumah ini siap merupakan tempoh mencabar kesabaran anda. Kalau projek delay…lagi laa.

2. Rumah subsale (second hand). 

Saya secara peribadi lebih sukakan rumah jenis ini. Rumah sudah siap, kadang-kadang ada yang sudah renovated dan perabot tersedia. Tiada risiko projek terbengkalai seperti rumah baru. Akan tetapi kos permulaannya agak tinggi, sebab anda kena sediakan deposit 10 % dan kos guaman lebih kurang 5 %. Katakan ingin membeli rumah bernilai Rm 300 000, fulus di tangan kena tersedia lebih kurang Rm 45 000.

Yer, kalau buat pinjaman kerajaan anda akan berpeluang untuk dapat full loan.

Bagaimana dengan markup loan? Yang itu kita bincang kemudian..insyaA
llah.

3. Rumah lelong. 

Yang ni memang menarik, dan ia biasa menjadi target investors. Melalui lelong, anda mampu membeli rumah yang masih baik dengan harga below market value (kalau anda bernasib baik). Kebiasaan investor akan membeli rumah lelong, renovate dan kemudian jual dengan harga market value. Kemudian hasil keuntungan digunakan untuk ulang, dan ulang lagi. Ada juga yang bagi sewa untuk dapat positif cashflow.

Tiada benda yang sempurna. Masalah dengan rumah lelong ialah, kalau rumah tersebut berkunci, anda tidak dapat mengetahui bagaimana keadaan dalam rumah. Ada juga rumah lelong yang masih berpenghuni dan tuannya berkeras untuk tidak berpindah.

Banyak juga persediaan diperlukan sebelum bidding untuk rumah lelong. Jangan main rembat sahaja. Tengok dulu dari luar, bagaimana rupa rumah tersebut. Dapatkan pengisytiharan jualan, buat cabutan hak milik di pejabat tanah. Perhatikan ada caveat atau tidak. Check bangunan tersebut ada CF atau tidak. Bandingkan reserved price dengan market value, adakah berbaloi untuk dibeli? Pendek kata, kena study dulu baru bertindak.

Sebelum membeli rumah, anda perlu tahu posisi dan strategi anda.
Posisi anda selaku investor atau pembeli untuk diri sendiri? Investor pun banyak caranya, sama ada ada suka flipping atau buy & hold?
Strategi pula bergantung kepada kemampuan. New unit, subsale atau lelong masing-masing ada pros and cons, ukurlah baju di badan sendiri.

Mohon komen di ruangan bawah ye, terima kasih 🙂

Senarai syarikat ejen hartanah yang berdaftar di Kelantan dan Terengganu.

Di Kelantan dan Terengganu, kebanyakan urusan jual beli hartanah diuruskan oleh tuan rumah sendiri, ataupun melalui orang tengah.

Untuk pengetahuan anda, anda boleh melantik ejen yang berdaftar untuk menguruskan jual beli hartanah anda. Mereka ini bekerja di bawah syarikat hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Lembaga ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia.

Anda juga perlu bezakan syarikat pemaju perumahan dengan syarikat ejen hartanah. Syarikat pemaju perumahan berdaftar di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Berikut saya senaraikan syarikat ejen berdaftar di Kelantan dan Terengganu.

Kelantan: 

  1. Allied Group Property Consultant (Kelantan) Sdn Bhd
  2. Azami & Co Sdn Bhd
  3. C H Williams Talhar & Wong Sdn. Bhd.
  4. Hartanah Hadi.
  5. Henry Butcher Malaysia Sdn. Bhd.
  6. Intra Harta Consultants Sdn. Bhd.
  7. IPC Island Property Consultants Sdn. Bhd.
  8. IPC Property Management Sdn. Bhd.
  9. IPC Realty Sdn. Bhd.
  10. Mohd Nor & Partners (KB) Sdn. Bhd.
  11. Nasir, Sabaruddin & Associates.
  12. Nilai Harta Consultant Sdn. Bhd.
  13. Rahim & Co International Sdn. Bhd.
  14. WTW Real Estate Sdn. Bhd.

Terengganu:

  1. Azmi & Co Sdn. Bhd.
  2. Azmi & Co. (Estate Agency) Sdn. Bhd.
  3. C C Khor Real Estate Agency
  4. C H Williams Talhar & Wong Sdn. Bhd.
  5. Henry Butcher Malaysia (Terengganu) Sdn. Bhd.
  6. Mitra Valuers & Property Consultants Sdn. Bhd.
  7. Mohd Nor & Partners (KT) Sdn. Bhd.
  8. Proharta Consultancy Sdn. Bhd.
  9. Rahim & Co International Sdn. Bhd. (Kuala Terengganu)
  10. Rahim & Co International Sdn. Bhd. (Kemaman)
  11. WTW Real Estate Sdn. Bhd.

Kalau diperhatikan, kebanyakan syarikat-syarikat tersebut berdaftar selaku syarikat penilaian hartanah. Ya, kerana syarikat penilaian hartanah automatik akan mendapat 3 jenis lesen, iaitu penilaian, management, dan juga ejen hartanah.

Komen anda sangat dihargai di ruangan bawah, terima kasih.

Kaedah mudah mengira installment untuk pinjaman perumahan.

Ada dua kaedah yang biasa saya gunakan jika anda mendapatkan pembiayaan perumahan daripada bank.

1. Harga rumah bahagi dua.

Teknik ni paling mudah untuk dapatkan anggaran kasar untuk installment perumahan anda. Contohnya harga rumah yang dibeli adalah Rm 700 000, bahagi dua jadi 350 000. Jadi bayaran bulanan adalan lebih kurang Rm 3500. Mudah kan?

2. Guna mobile apps.

Screenshot_2015-08-22-11-59-37

Mobile app yang selalu saya gunakan ialah imoney. Yang ni paling best dan mudah. Anda boleh dapatkan interest rate yang terkini untuk bank-bank di Malaysia.

Semoga bermanfaat.

5 Sebab Kenapa Rumah Anda Tidak Terjual

Ada sahaja di kalangan owner yang nak jual rumah, bertahun-tahun dah iklan tetap x mampu dijual. Ada banyak sebab, yang boleh saya kongsikan di sini adalah:

1. Harga terlajak mahal, tidak munasabah. 
Kita selaku tuan rumah mestilah nak harga yang tertinggi boleh letak, tapi kena tengok buying power orang kita. Biasanya di Kelantan orang buat rumah sendiri, pinjam loan bank then buat rumah besar-besar. Kononnya nk duduk situ sampai lanjut usia. Bila dah tua, tak mampu duduk sorang-sorang di rumah, terpaksalah menumpang kat rumah anak. Rumah dah tak ada orang duduk, mestilah nak jual. Rumah besar takkan nk jual murah kot. Masalahnya buyer akan fikir, daripada dia beli rumah subsale mahal-mahal, baik buat rumah sendiri.

2. Susah untuk dihubungi.
Ramai sangat owner rumah kononnya bersungguh-sungguh nak jual rumah. Apabila call nombor dalam iklan mudah.com, tak jawab. Kali kedua voicemail. Kali ketiga anak kecik yang  tak tahu apa-apa tolong angkat phone. hehe. Siapa tak fed up kalau macam ni.

3. Berkira-kira untuk jual rumah.
Dah kalau kita ni owner yang sibuk macam doktor kerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu, masa bila boleh manage nak jual rumah? Nak lantik ejen hartanah.. lokek duit. Kalau sekadar 3% daripada harga jualan, apalah sangat kan, janji rumah terjual.

4. Buyer tak dapat view rumah.
Bila owner tinggal tempat lain, balik pun jarang, tak lantik ejen untuk jual rumah, macam mana prospek nak view rumah? Yang lagi susah bila penyewa ada kat dalam rumah, tapi tak bagi masuk melainkan ada owner. Siapa nak beli rumah tanpa tengok dulu. Baik beli rumah lelong.

5. Iklan cukup-cukup makan saja. 
Kalau rumah kita bukan hot area, kenalah guna inisiatif lebih sikit untuk iklankan rumah. Walaupun tak melantik ejen, kita boleh buat sendiri kalau ada masa. Tangkap gambar cantik-cantik (bukan pintu pagar saja), masuk dalam semua media sosial. Boleh juga gantung banner, masuk iklan dalam akhbar. Ada banyak cara kreatif. Yang terbaik adalah lantik ejen, sebab itu memang kerja mereka.