Jana pendapatan pasif keluarga anda, jangan jadikan hartanah pusaka terbiar.

Suatu hari saya breakfast dengan kawan saya di kedai kopi. Kedai kopi memang tempat terbaik nak dapat info, serius habaq hang! Dia bagi tahu, kenalannya ada harta pusaka iaitu resort lebih kurang 3 ekar kat Kelantan. Sekarang terbiar, tiada penyewa.

Ada orang datang meminang resort tersebut dengan harga sekian-sekian. Ikutkan hati, ada yang nak jual resort tu untuk dijadikan modal bisnes. Namun harga yang ditawarkan bagi saya adalah murah.

Pada pandangan saya, jangan mudah-mudah buat keputusan untuk jual resort tersebut. Pertama tengok dulu sejauh mana potensi tempat tu boleh generate cashflow. Alangkah ruginya tuhan bagi rezeki ‘gedebuk’ turun dari langit macam tu, tiba-tiba nak dilepaskan. Orang lain berusaha buat loan untuk beli property yang boleh generate cashflow, bukan mudah tau. Selepas dikaji, iklankan ia. Cari prospek yang berminat. Mungkin ini boleh jadi sumber rezeki anak-anak arwah.

Perlu diingat, bila kita buat bisnes, profit yang diperolehi adalah active income. Duit itulah kita akan guna untuk dijadikan modal untuk investment. Investment ini yang akan generate cashflow, yang merupakan passive income. Passive income ni la yang seronok, duduk saja-saja dapat duit. Kalaulah harta pusaka tu dijual untuk dijadikan modal bagi bisnes baru, bagi saya ia agak merugikan. Sebabnya anda tukarkan sumber passive income untuk jadikan sumber active income. Terbalik!

Katakan terdesak sangat ingin pakai duit untuk tujuan lain, jangan tergopoh gapah jual hartanah tersebut. Buat penilaian harga sebenar dahulu. Jangan jual di bawah market value. Maksimumkan keuntungan selagi mana mampu.

Itulah serba serbi nasihat daripada saya. Ada pandangan lain? Jangan malu-malu untuk komen di bawah.

Instrumen pelaburan terbaik

“The best investment on earth is earth”
– Louis Glickman.

Aku tertarik dengan penulisan Robert Kiyosaki, konsep financial education yang disebut dalam buku-buku beliau. Buku-buku berkenaan financial education mula dibaca olehku selepas tamat pengajian universiti. Oh ruginya aku tidak terdedah kepada buku-buku ini sewaktu alam pengajian dulu, tapi alhamdulillah aku masih tidak terlewat.

Sebenarnya dari dulu aku berminat dengan investment. Aku selalu berfikir apakah instrumen pelaburan yang terbaik. Apa yang dapat ku lihat buat masa ini, pelaburan yang terbaik adalah dalam bidang hartanah. Kenapa?

  • Kurang berisiko, anda boleh nampak dengan biji mata anda benda yang nak dilaburkan. Cuba bandingkan pelaburan hartanah dengan pelaburan saham atau emas?
  • Harga hartanah yang sentiasa naik, maksudnya kadar ROI (pulangan pelaburan) yang tinggi.
  • Boleh dapat pembiayaan. Dengan kata lain, boleh buat duit dengan menggunakan duit orang lain.
  • Boleh dibuat pelepasan cukai. (Bab-bab cukai ni, kena tunggu lain episod baru kita bincang)
  • …dan banyak lagi. Cerita sampai esok pun tak habis.

Ringkasnya tak rugi kalau anda melabur dalam hartanah, lebih-lebih jika bermula pada usia yang muda. Kalau dah berumur nak pencen baru lah nak beli property pertama untuk pelaburan…huhu, bukan tak boleh, tapi alahai sayaangnya.

Jadi tunggu apa lagi kawan-kawan? Mulakan langkah anda sekarang.

Bagaimana nak mula?

Jika anda masih kosong tentang hartanah, maka laburkanlah duit anda untuk menambah ilmu. Beli buku-buku yang berkaitan, join mana-mana seminar yang bagus. Ada juga blog atau website free yang bagi tips-tips tentang pelaburan hartanah, boleh dijadikan rujukan anda.

InsyaAllah saya selaku ejen hartanah akan berkongsi di sini sedikit sebanyak tentang hartanah, terutamanya yang berkaitan dengan jual-beli hartanah. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Selamat membaca.