Bagaimana mencari lokasi tanah berpandukan geran tanah.

cari lokasi tanah dengan geran dan google

Selaku ejen hartanah yang banyak menguruskan jualan hartanah, adalah sangat penting untuk saya memastikan tanah yang dijual adalah tepat dari segi lokasinya.

Ada beberapa cara untuk menentukan lokasi tanah berdasarkan geran tanah yang diberi.

Cara yang paling tepat adalah dengan mengupah jurukur untuk menanda sempadan tanah tersebut.

“Tapi tanah belum dijual, dah kena keluarkan kos?”

Kos jurukur pula mungkin mencecah rm 300 untuk satu lot.

Jangan bimbang.

Ada teknik mudah dan percuma yang boleh digunakan. Teknik ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, asalkan mempunyai 2 benda ini:

  1. Gambar plan tanah daripada geran, biasanya di muka surat 3.
  2. Akses internet.

Saya akan terangkan bagaimana langkah-langkahnya. (Pastikan anda baca nota penting di bawah sekali)

1. Buka website iplan.townplan.gov.my. Pilih ‘semasa’. 

iplan townplan

Paparan sebegini akan keluar. Tutup ‘dialog box’ lapisan guna tanah semasa dengan menekan pangkah.

lapisan guna tanah

Klik pada simbol kanta untuk membuat carian. Pilih ‘Lot’.

pilih lot.jpg

Masukkan maklumat no lot, mukim, daerah (jajahan) dan negeri. Lihat gambar rajah di bawah sebagai contoh. Saya masukkan maklumat lot tanah saya di Mukim Selising, Pasir Puteh, Kelantan.  Klik ‘search’.

collage

search lot tanah

Paparan seterusnya yang keluar merupakan tanah lot yang dicari. Yang berwarna oren adalah lot tanah tersebut. Untuk memaparkan gambar dari satelit, anda boleh memilih ‘Google Satellite’ di bahagian kiri.

petak tanah lot

Baiklah, seterusnya tiba masa yang dinanti-nantikan.

Bagaimana cara untuk menentukan lokasi tanah tersebut?

Gerakkan tetikus ke arah petak oren. Perhatikan bahawa ada nombor koordinat di bahagian bawah. Diberi dalam bentuk X & Y.

latitud dan longitud

X adalah longitud. 

Y adalah latitud. 

Salin nombor latitud dan longitud yang diberikan.

Buka https://www.google.com/maps. Masukkan koordinat bermula dengan Y dahulu, kemudian ‘koma’, kemudian koordinat X. Contohnya 5.88133,102.34407

Alhamdulillah…usaha berhasil!

lokasi tanah.png

Tekan peta yang diberikan, dan minta ‘direction’.

Gunakan apps google maps atau waze untuk membawa akan ke lokasi tanah tersebut.

Carian sebegini juga boleh dibuat untuk bangunan seperti rumah, kedai ataupun kilang. Asalkan anda mempunyai maklumat daripada geran tanah.

**Nota penting: Kaedah ini hanya terpakai untuk tanah yang sudah mempunyai nombor LOT.

Sekiranya tanah tersebut masih lagi Hakmilik Sementara dan hanya mempunyai no PT, anda tidak boleh menggunakan kaedah ini. Kerana no PT tidak didaftarkan dalam pengkalan data iplan.townplan.

Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan melihat plan tanah pada muka surat 3 geran, cari no LOT tanah yang berdekatan. Kemudian buat langkah-langkah di atas, dan anggarkan sendiri di mana lokasi tanah anda.

lot tanah berdekatan

Saya harap post kali ini memberi manfaat yang besar kepada pembaca. Kalau anda rasa belajar sesuatu daripada post ini, silakan komen di ruangan bawah.

Jika anda memerlukan khidmat ejen untuk menjual tanah anda di Kelantan, hubungi saya dengan segera.

Dibenarkan share dengan menyertakan sekali link artikel post ini. Terima kasih.

Tanah Kelantan untuk Orang Kelantan

Ramai orang bertanya tentang isu ini. Adakah hanya orang Kelantan yang boleh memiliki hartanah di Kelantan? Secara umum, jawapannya adalah ‘Ya’. Ini kerana berpandukan Enakmen Tanah Kelantan tahun 1938 yang menyatakan bahawa ‘anak Kelantan (native of Kelantan) sahaja yang boleh memilik tanah di Kelantan.

Definisi anak Kelantan terbahagi kepada 5:
a) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya adalah Melayu
b) sesiapa yang lahir di Kelantan yang ibunya adalah Melayu dan bapa adalah Muslim
c) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang bapanya adalah Melayu yang lahir di Kelantan.
d) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang ibubapanya adalah Melayu dan telah menetap sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
e) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya juga lahir di Kelantan.

Jadi sekiranya anda bukan orang Kelantan, tapi bapa anda orang Melayu Kelantan, ataupun orang Melayu dan sudah menetap di Kelantan melebihi 15 tahun, ada harapan untuk anda memiliki tanah di Kelantan.

Namun sekatan ini bukannya perkara yang mutlak. Anda masih boleh memohon daripada pihak berkuasa negeri untuk memilik tanah di Kelantan, cuma prosesnya mengambil masa yang lama dan tiada jaminan bahawa mendapat kelulusan sekiranya tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Masalah yang berlaku tentang pemilikan tanah di Kelantan adalah jikalau anda orang luar Kelantan ingin membeli rumah di Kelantan dengan menggunakan pinjaman daripada bank mahupun kerajaan, anda perlu menggadaikan tanah tersebut kepada institusi tersebut terlebih dahulu. Untuk membolehkan proses gadaian berlaku, perlulah dilakukan pindahmilik dahulu. Proses pindahmilik tidak boleh berlaku sekiranya anda bukan orang Kelantan.

Tetapi ada penyelasaiannya sekiranya anda berkahwin dengan orang Kelantan. Ketika ingin membeli rumah, pindahmilik kepada isteri / suami anda yang mana orang Kelantan, kemudian digadaikan kepada bank atas nama bersama. Risikonya adalah nama pasangan anda seorang sahaja yang tercatat dalam geran, walaupun anda berdua saling berkongsi bayar untuk rumah tersebut =)

Langkah-langkah menjadi perunding hartanah / real estate negotiator (REN) di Kelantan.

Saya kerap kali mendapat pertanyaan bagaimana ingin menjadi ejen / perunding hartanah berdaftar di Kelantan & apa kelayakannya. Sebenarnya prosedurnya tidaklah sebegitu rumit. Apa yang saya tahu, anda tidak perlu memilik apa-apa kelayakan akademik untuk menjadi perunding hartanah berdaftar. Cukup dengan hanya menjadi warganegara Malaysia.

Pertama anda perlu menghadiri Negotiator Certification Course (NCC), iaitu kursus yang diadakan selama 2 hari di Kuala Lumpur. Kosnya pula hanyalah sekitar RM 600. Kursus ini banyak dianjurkan oleh syarikat-syarikat hartanah di sana, contohnya IM Global, Hartamas, IMEA dan banyak lagi. Anda boleh google untuk mengetahui lebih lanjut.

Selesai kursus 2 hari, anda akan diberikan sekeping sijil. Dengan sijil ini, anda boleh memohon untuk ‘attach’ di mana-mana firm agency hartanah yang berdaftar di negeri anda. Untuk negeri Kelantan & Terengganu, rujuk post saya sebelum ini. Bergantung kepada agency berikut sama ada ingin menerima anda selaku staff mereka atau tidak.

Dinasihatkan untuk anda menghubungi agency yang anda ingin bekerja terlebih dahulu, sebelum pergi ke kursus NCC tersebut. Anda boleh ke kursus tersebut di bawah tajaan agency, sekiranya mereka bersetuju untuk menaja anda.

Apabila anda mula bekerja secara rasmi di bawah agency berdaftar, anda boleh memohon REN tag daripada LPPEH. Tempoh untuk siap tag tersebut hanyalah 2 minggu sahaja. Selepas itu, anda bebas untuk bergiat aktif sebagai perunding hartanah yang sah di sisi undang-undang.

 

Jangan Keliru Antara Pecah Sempadan & Pecah Bahagian.

Layman’s term bagi kedua-kedua perkara ni adalah ‘ppecoh lot’ (kata orang Kelantan).

Contoh paling mudah untuk menerangkan dua situasi ni adalah seperti berikut.

1. Pecah sempadan

Contoh 1: Timah ada tanah 1 ekar. Timah ada anak 5 orang. Lalu dipecah sempadan tanah beliau kepada 5 lot banglo. Timah masih merupakan pemilik kepada 5 lot tersebut. Kemudian diberi hadiah setiap lot kepada setiap seorang anak beliau.

Contoh 2: Timah dan Ahmad ada tanah 1 ekar (hak milik bersama). Lalu dipecah sempadan kepada 5 lot banglo. Maka kelima-lima lot banglo masih di bawah nama Timah dan Ahmad.

2. Pecah bahagian.

Abu dan Ali merupakan pemilik kepada 2 ekar tanah. Masing-masing mempunyai 1/2 bahagian. Lalu dipecahkan bahagian supaya masing-masing mempunyai hak milik berasingan, 1 ekar seorang.

Pecah sempadan mengikut KTN (Kanun Tanah Negara) ialah sub-division of land. Pecah bahagian pula merupakan partition of land.

Snap1378

Snap1379

Gambar rajah dipetik dari jurukurtanah.blogspot.com