Ketahui Proses-Proses Penjualan Rumah Yang Masih Dalam Pinjaman.

Saya akan cuba terangkan tentang penjualan rumah subsale (rumah second hand) sahaja.

Manakala berkenaan penjualan rumah yang sedang dibina, saya akan kupas pada post lain.

Ada dua keadaaan:

  1. Rumah tersebut masih ada cagaran (loan) dengan bank atau kerajaan.
  2. Rumah tersebut tiada loan.

Majoriti pelanggan saya yang menjual rumah mereka, masih ada baki loan perumahan.

Sama ada loan bank ataupun loan kerajaan (LPPSA atau BPP).

Di sini saya tidak akan bincangkan berkenaan kos. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang kos-kos penjualan rumah, boleh rujuk pada post saya sebelum ini.

Apabila perjanjian jual beli ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak, peguam akan menghantar permohonan penyata baki hutang kepada bank penjual @ LPPSA.

Selepas mendapat penyata tersebut, pihak pembeli akan membuat bayaran kali pertama.

Bayaran kali pertama ini adalah untuk menyelesaikan baki hutang penjual. Sama ada dibayar oleh bank pembeli, atau kerajaan (LPPSA) bergantung kepada jenis pinjaman yang dibuat.

Proses ini dinamakan sebagai ‘tebus gadai’.

Sekiranya rumah yang dijual itu memang tiada loan, proses tebus gadai tidak perlu dilakukan. Terus kepada proses pindahmilik.

Setelah selesai baki hutang, bank penjual @ LPPSA akan lepaskan segala dokumen (geran tanah dan lain-lain) kepada peguam.

Apabila semua dokumen diterima oleh peguam, peguam akan laksanakan tiga proses berikut:

  1. Pelepasan gadaian (borang 16N)
  2. Pindahmilik (borang 14A)
  3. Gadaian (borang 16A)

Kita boleh namakan semua proses di atas sebagai ‘pendaftaran’.

Haa masa ini lah peguam biasanya akan kenakan caj kepada pembeli. Sekurang-kurang separuh dari keseluruhan bil.

Manakala penjual pula akan dikenakan caj untuk tebus gadai (pelepasan gadaian).

Seterusnya dokumen hakmilik (geran) yang sudah siap dipindahmilik dan digadai akan dihantar kepada bank pembeli atau LPPSA.

Proses ini dinamakan ‘simpan geran’.

Apabila dokumen sampai ke pihak bank atau LPPSA, barulah mereka akan keluarkan pembayaran kedua.

Pada peringkat inilah, tuan rumah baru betul-betul boleh merasa duit hasil daripada jualan rumahnya.

Sebelum ni mungkin hanya merasa duit deposit sahaja. Mungkin 1-2 ribu. Atau paling maksimum pun 10% tolak kos agent 3%. Huhu.

Soalan yang kerap kali ditanya. Biasanya berapa lama untuk siap kesemua proses ini?

Sebenarnya jawapan kepada soalan ini agak subjektif, kerana proses-proses tersebut banyak melibatkan pejabat-pejabat kerajaan dan perjalanan dokumen ke banyak tempat.

Mengikut pengalaman saya, kalau rumah tersebut di kawasan jajahan Kota Bharu, dan masih ada loan dengan kerajaan (LPPSA atau BPP), manakala pembeli pula menggunakan loan kerajaan juga, tempoh anggaran adalah selama 8 bulan.

Kalau urusan dengan bank, kebiasaannya cepat sedikit. Anggaran 6 bulan.

Ya, memang agak lama. Sebab itu lah hartanah dikategorikan sebagai aset lambat cari (low liquidity).

Jadi nasihat saya, contohnya kalau penjual berhajat kepada sejumlah duit pada hujung tahun, maksudnya awal tahun sudah kena pastikan rumahnya sudah ada pembeli.

Maksudnya harga yang diletakkan perlu munasabah dan bukan melebihi harga pasaran.

Elakkan cuba ‘test market’ dengan letak harga tinggi dulu, lepas tu kurangkan sedikit demi sedikit.

Kebiasaannya ‘test market’ ni hanya untuk penjual yang tidak terdesak dan tidak serius.

Dan sudah tentu ejen pun tidak begitu berminat untuk menolong penjual yang tidak serius.

Oleh itu rancanglah penjualan rumah anda dengan baik.

Sekiranya anda memerlukan khidmat daripada ejen untuk menjual rumah anda di Kelantan & Terengganu, boleh hubungi saya. InsyaAllah saya akan bantu anda.

155 Replies to “Ketahui Proses-Proses Penjualan Rumah Yang Masih Dalam Pinjaman.”

      1. Bayaran ansuran bulanan dah stop,pembeli sudah buat potongan melalui gaji.Berapa lama proses untuk penjual dpt semula wang.

        1. Bergantung juga kpd berapa lama proses pindah milik. Adakah perlu mendapat consent daripada pbn atau tidak. Normal boleh mencecah 3 bulan jika tidak perlu consent.

        2. saya bercadang hendak menjual rumah loan kerajaan. apakah yang perlu dilakukan pada peringkat permulaan. jika saya menggunakan khidmat encik adakah saya akan dikenakan bayaran dan berapa banyak.

          1. Terima kasih krn bertanya. Tuan boleh hubungi saya di 0199157971. Saya akan terangkan berapa caj yang akan dikenakan. Terima kasih.

    1. Assalamkum tuan boleh ka menjual rumah loan kerajaan(lppsa)…belum sampai 5 tahun dr penerimaan kunci dan mempunyai tunggakan..harap dapat membantu

    1. Mengikut pengalaman saya, memakan masa lebih kurang 2 bulan juga. Tapi sekiranya tuan ingin tahu tempoh yang mengikut, SOP LPPSA, tuan kena call LPPSA sendiri bertanya.

      1. Sya sdg berurusan dgn peguam utk proses pjualan rumah. Hrga jualan 280k.baki lppsa 274k. Tp yg menjadi kemusykilan sya, peguam kata keuntungan yg sya dpt hanya 5k shaja. Ada kah ini betul?bukankah sepatutnya 10% deposit hrga rumah juga milik penjual? Yg menghairankan,baki deposit peguam akan ambil.

        1. Terima kasih kerana bertanya.

          Berdasarkan apa yang diceritakan oleh tuan, pada hemah saya, betul apa yang diberitahu oleh peguam. Kerana 10% deposit tersebut sudah termasuk dalam harga jualan rm 280k.

          Apapun tuan/puan perlu merujuk kepada peguam.

        2. Terima kasih kerana bertanya.

          Secara asasnya betul apa yang diberitahu oleh peguam tersebut.

          Apapun tuan/puan perlu merujuk kepada peguam untuk mendapatkan kepastian.

    1. Terima kasih krn bertanya. Tempoh ini adalah subjektif, bergantung kepada bank dan juga negeri mana hartanah tersebut. Kebiasaan mengikut pengalaman saya, bank pembeli membayar kepada bank penjual dalam tempoh 3 bulan. Jika tiada apa-apa masalah.

    2. Assalamualaikum tuan.
      Sy baru beli rumah setahun mll loan bank. Macam mana cara kalau saya nak jual… Blh saya dapatkan nasihat dari tuan. Terima kasih.

  1. salam tuan,sekira nya rumah telah di jual & sudah tukar nama ke pemilik baru berapa lama proses untuk penjual dapat semula payment dari pihak bank?

    1. Waalaikumussalam. Bergantung pada bank atau institusi mana yg pembeli dapatkan pembiayaan. Seeloknya tanya peguam yang menguruskan. Pegalaman saya di Kota Bharu, biasa dalam tempoh satu bulan dah dapat, dengan syarat tiada apa2 masalah lain.

      1. apa maksud masalah2 lain tu ye? saya ingat lepas dah siap daftar nama pembeli baru.. dlm seminggu ke bank akan release duet (rumah tiada hutang)..? 😅

          1. Waalaikumussalam. Biasanya second disbursement tu merujuk kepada bayaran baki harga jualan kepada tuan rumah/ tuan tanah.

  2. Assalam tempoh pendaftaran selalunya ambil masa lama ker.?
    Pelepasan gadaian (borang 16N)
    Pindahmilik (borang 14A)
    Gadaian (borang 16A)
    adakah secara manual atau Online pendaftaran ini

    1. Waalaikumussalam. Tempoh bergantung pada daerah dan negeri masing2. Pengalaman saya di Kelantan, ambil masa dalam 2 bulan juga.

      1. assalamualaikum saya nak tanya, macam mana kalau dah lulus loan drpd bank dan rumah masih dalam pembinaan.. dalam tempoh itu, tukar fikiran disebabkan faktor tertentu.. boleh ke untuk cancel atau perlu cari pembeli baharu untuk proses pindah milik dan sebagainya?

  3. saya sebagai penjual rumah ….s&p dah sain smue..tggu buyer keluarkan epf..tetapi letter offer tu kene amend dr bank ..alamat x sama dengan yang develepor bagi..so berapa lama lg ye proses tu

  4. Salam,
    Boleh saya tahu untuk penjual rumah:

    1. Berapa kos fee lawyer kalau pembeli rumah menggunakan loan LPPSA?
    2. Adakah saya sebagai penjual akan mendapat semula wang MRTA setelah rumah tersebut dijual? Jika ya, berapa lama akan dapat semula?
    3. Berapa lama proses untuk mendapatkan wang jika pembeli guna loan LPPSA?

  5. Sekarang status rumah saya..bank pembeli tengah settle kan hutang rumah saya dengan lppsa.. boleh ke saya minta laywer percepatkan proses ni sebelum raya ni.. sebab mengikut penjanjian 6 bulan..raya thn ni cukup 5bulan..

  6. Assalamualaikum tuan…jika jual rumah yang masih ada pinjaman, adakah jumlah settlement dikira principal sahaja atau masuk interest sekali? Contohnya balance principal adalah RM200 000. Tapi campur interest masih ada lagi RM400 000. Adakah penjual perlu settlekan RM200k sahaja atau RM400k? Terima kasih tuan.

    1. Waalaikumussalam wbt.

      Terima kasih krn bertanya.

      Sekiranya pembiayaan islamik, hanya bayar principal sahaja. Sekiranya konvensional, saya tidak tahu.

  7. Assalam , nak tanya.. Saya telah jual rmah hujung tahun 2018, dan sudah mendapat bayaran pertama sebanyak 1/4 pada awal bulan jun 2019.. Dan selebihnya masih tertungguk.. Bila ditanya pada peguam , peguam mengatakan bank yang melambatkan urusan, sehingga peguam menyuruh pihak saya sendiri yang perlu ke bank untuk mempercepatkan urusan.. Dalam masa yang sama , pihak pembeli telah ubah suai rumah tersebut , atas kebenaran peguam.. Saya yang pelik tak ada apa2 yg masuk🤔

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih krn bertanya.

      Puan kena rujuk peguam kenapa terlalu lama. Peguam kena perincikan apakah masalah yg sedang dihadapi.

      Adapun pihak pembeli telah ubah suai rumah tu, setahu saya tidak boleh. Sebab selagi mana puan masih belum dapat bayaran penuh, selagi itu rumah tersebut bukan miliknya.

  8. Nak tanye sy baru beli rumah dlm tempoh 4 tahun,adakah rumah tersebut boleh dijual dan apakah ada keuntungan jika sy menjual rumah dlm tempoh ini

    1. Terima kasih kerana bertanya. Walaupun baru 4 tahun, rumah boleh dijual selagi tiada apa-apa halangan. Akan tetapi tuan/puan perlu tahu caj-caj yang terlibat, iaitu CKHT dan juga penalti daripada bank sekiranya ada lock-in period.

      Berkenaan CKHT, boleh baca di sini.

      Berkenaan lock-in period tu, tuan/puan perlu merujuk pihak bank.

  9. Assalamualaikum Tuan,

    Saya bercadang utk jual rumah strata, tetapi masih belum mendapat hak milik drp pemaju. Apakah perkara yang saya perlu saya selesaikan dahulu sebelum memulakan proses penjualan?

    T.kasih

    1. Waalaikumussalam wbt. Terima kasih krn bertanya.

      Rumah strata boleh dijual walaupun masih belum mendapat hak milik (geran strata) daripada pemaju. Akan tetapi tidak semua bank yang bagi pembiayaan / pinjaman untuk rumah strata yang belum ada geran.

  10. Assalamualaikum Tuan.
    Kakak saya meminta tolong menjual unit apartment beliau di KL dan sekarang beliau berada di oversea.
    Saya telah menyemak borang 14A yg telah ditandatangan beliau dan ada menyatakan bahawa “sebagai balasan wang sebanyak xxxx saya mengaku telah terima”. Tetapi kami belum menerima sebarang bayaran drpd peguam. Boleh ke kami hold borang tersebut sehingga bayaran selesai? Adakah kes di mana penjual tidak menerima sebarang bayaran setelah proses jual beli?
    Terima Kasih.

    1. Waalaikumussalam. terima kasih krn bertanya.

      Sekiranya pembeli tu beli dengan menggunakan pembiayaan atau pinjaman, memang owner kena sign dulu borang 14a, kemudian kena siap pindahmilik dan gadai, baru lah bank akan release pembayaran kepada owner.

      Kalau owner hold borang tersebut, maksudnya proses akan tersangkut. Dan pihak tuan tidak akan dapat bayaran.

      Apa-apa pun perlu merujuk lawyer untuk kepastian dalam kes kakak tuan. Ada baiknya melantik lawyer yang mewakili kakak tuan, bukan menggunakan lawyer pembeli semata-mata.

  11. salam tuan, berapa lamakah wang jualan akan dilepaskan ke peguam/penjual, setelah consent lulus ya? pembeli guna loan LPPSA, consent sudah lulus Jumaat (12/6/2020) .

    1. Waalaikumussalam. Consent lulus tu baru step pertama. Kena tunggu pindah milik, gadaian, dan kemudian baru disburse. Kalau di Kelantan, mengambil masa beberapa bulan jgk tu.

  12. Rumah saya hendak dijual..sy guna agen..bila ada buyer n bayar deposit rm1k pada syarikat agen..masuk loan sebulan macam tu..bila loan lulus,tiba2 agen cakap,buyer nak tukar rumah lain…
    Dalam masa sebulan tempoh masuk loan tu,ada 2org buyer tanyakan rumah saya..tp sbb dh booking..sy tolak 2buyer tersebut…rugi la sy…bleh ker,buyer tolak rumah yg dh dibooking bila loan atas alamat rumah sy lulus?..

  13. Assalammualaikum tuan ..
    Rumah saya hendak dijual..sy guna agen..bila ada buyer n bayar deposit rm1k pada syarikat agen..masuk loan sebulan macam tu..bila loan lulus,tiba2 agen cakap,buyer nak tukar rumah lain…
    Dalam masa sebulan tempoh masuk loan tu,ada 2org buyer tanyakan rumah saya..tp sbb dh booking..sy tolak 2buyer tersebut…rugi la sy…bleh ker,buyer tolak rumah yg dh dibooking bila loan atas alamat rumah sy lulus?..

    Leave a Reply

    1. Waalaikumussalam wbt.

      Terima kasih krn bertanya.

      Normal practice sekiranya buyer cancel tanpa alasan kukuh (bukan disebabkan loan tidak lulus), deposit tanda jadi tidak akan dipulangkan. Dan owner berhak 50% daripada deposit tersebut.

      Seeloknya puan keluarkan surat pelantikan agent apabila melantik mana-mana agent.

      Harap bermanfaat.

    2. Salam tuan…sy ingin brtnya pd tuan…mngikut ilmu tuan…1.adakah boleh SPA ditandatangani oleh kedua pihak sebelum/dalam proses memohon pinjaman LPSSA dgn tujuan utk membeli rumah yg masih didalam pinjaman LPSSA juga?
      2. Adakah dokumen itu adalah lengkap utk kesemua proses sehingga membolehkan penjual terima bayaran penuh jualan?
      3.adakah perlu menandatangani 1 lg perjanjian jual beli slps loan pembeli lulus?
      Terimaksih tuan utk jwapan…

      1. Waalaikumussalam. Terima kasih atas soalan.

        1. Boleh. Proses normal tu.
        2. Dokumen SPA sudah lengkap. Sekiranya loan pembeli lulus, tuan perlu tandatangan dokumen pindah milik pula, iaitu borang 14a.
        3. Tidak perlu perjanjian jual beli yang baru.

        Apapun tuan perlu merujuk kepada ejen dan peguam yang uruskan fail ini untuk kepastian.

  14. Slm tuan..
    Sy beli rumah yg sy sewa skrg..bank dah buat bayaran pertama penjual (loan kerajaan)..skrg tggu bayaran kedua dah hampir 2 bulan..soalan sy ,tuan rumah masih boleh minta lg ke sewa sedangkan dia pun dah tak perlu bayar pada LPPSA..manakala sy perlu bayar loan bank dan sewa pada tuan rumah..2. Bolehkah dikenakan penalti jika lawyer penjual lewat menyelesaikan urusan jual beli?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih krn bertanya.

      Selagi mana pembayaran untuk rumah tu masih belum selesai sepenuhnya, selagi itulah tuan rumah masih boleh mengambil manfaat daripada rumah tersebut. Sama ada tinggal di situ atau mengambil sewa.

      Adapun adakah boleh tuan rumah dikenakan penalti, itu perlu rujuk kepada perjanjian jual beli, berapa lamakah tempoh pihak pembeli perlu selesaikan pembayaran daripada tarikh bermulanya perjanjian jual beli.

      Walau bagaimana pun, tuan perlu merujuk pihak lawyer untuk mendapatkan kepastian.

      1. Salam sy nk tnya . Jika rumh yg sy bli Strata msih atas nma developer dan belum tukar nama pemilik tapi loan sy sudah disbursmnt?adakah sy perlu tunggu smpai strata ditukar nama dlu bru semua proses berjalan? Sbb lawyer x nak bagi disbrmnt pertama kpd owner sbb nk tggu strata tukar nma skurgnya 3bln juga .

        1. Waalaikumussalam. Apa yang saya tahu, disbursement pertama boleh dibuat ke akaun loan bank owner bagi menyelesaikan baki loan. Seterusnya disbursement kedua dibuat apabila geran strata tersebut telah ditukar nama kepada nama pembeli dan digadai kepada bank. Di sini biasanya nama akan ditukar direct daripada developer kepada pembeli baru. Ada juga kes yang mana developer tidak menginzinkan untuk tukar direct, jadi terpaksalah tukar dahulu kepada nama pemilik pertama, kemudian barulah ditukar kepada nama pembeli baru.

          Maaf sekiranya saya tersilap.

  15. Assalamualaikum tuan..
    Saya ingin bertanya..
    Saya telah menjual rumah saya dan bank pihak pembeli telah bayar semua baki loan rumah saya..(18/6/2020)
    Bila saya boleh dapat balance duit tu ye? Adakah saya boleh direct tanya kepada pihak bank tentang status lepasan gadaian,duit refund,geran rumah? Atau pun sepatutnya lawyer yang follow up?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih atas soalan.

      Kebiasaanya jika di Kelantan, proses untuk mendapat duit selepas 3,4 bulan daripada pembayaran baki loan. Sekiranya tiada apa-apa masalah dan tiada sekatan pada pindah milik tanah.

      Apapun puan perlu merujuk kepada peguam yang mengendalikan kes ini untuk mengetahui lebih lanjut.

  16. Maaf..tumpang tnya..klu kata saya beli rumah subsale..sy baru bayar rm1000 sbg duit booking..Saya buat pinjaman rumah pertama menggunakan lppsa. Masalahnya loan tu baru submit dan of course Blum dpt feedback daripada lppsa.. agent rumah Asyik push lawyer suruh sain snp wlupun loan belum lulus..tapi Hari tu lawyer ada call Saya ckp sepatutnya bayar Baki deposit tu Masa an lps loan approved..Sebab just in case Ada masalah..pihak lawyer perlu bayar denda balik of pihak sy..masalahnya juga..tgh hari td..kerani tu call suruh Saya pergi sain s&p tu mggu dpn sekali bayar duit lawyer rm1000 utk lawyer buka file..so sekarang Saya confuse ni..apa YG patut sy buat?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih atas soalan.

      Secara umumnya, boleh tandantangan perjanjian jual beli sebelum memohon loan LPPSA, masukkan dalam perjanjian tersebut..tertakluk kepada kelulusan loan.

      Berkenaan buka file di office lawyer, pihak puan perlu bertanya lanjut kepada peguam tersebut. Kebiasaannya pihak peguam ada kenakan bayaran pendahuluan untuk urusan-urusan guaman.

  17. nak tanya..jika saya ada jual rmh..adakah kita akan dpt bayaran pertama dr 10% dh tolak upah agent..atau kita akan dpt sekali gus duit tu bila pindah milik selesai

    1. Terima kasih atas soalan.

      Kebiasannya boleh dapat sejurus selepas menandatangan perjanjian jual beli, sekiranya deposit tersebut memang dibayar oleh pembeli.

      Apapun tuan/puan boleh merujuk pihak ejen yang menguruskan jualan tersebut.

  18. Assalamulaikum tuan,
    saya ada jual tanah kepada pembeli yang menggunakan loan lppsa,,
    saya dah sign borang tukar milik.. peguam pembeli yg menguruskan semuanya. Untuk Permohonan pinjaman lppsa peguam hanya meminta salinan borang tukarmilik sahaja.. sekarang peguam inform pinjaman dah lulus,.. peguam meminta borang tukarmilik yg original.. betul ke step camtu tuan..
    takpe ke serah borang tukar milik original kepada peguam pembeli..

    1. Waalaikumussalam wbt.

      Secara umumnya, selepas pinjaman pembeli telah lulus, proses tukar nama perlu dibuat. Pada masa tersebut, penjual perlu menyerahkan borang pindah milik yang telah siap ditandatangan.

      Untuk lebih selamat, tuan boleh melantik ejen & peguam yang mewakili pihak tuan.

  19. Assalam tuan … sy baru beli rumah tak sampai 1tahun .. boleh ke sy jual dan beli rumah lain ? Adakah cara untuk jual ? Rumah cash tiada hutang bank ..

    1. Waalaikumussalam. Secara umumnya boleh untuk menjual rumah tersebut sekiranya tiada apa-apa sekatan kepentingan pada tanah tersebut. Jangan lupa berkenaan CKHT. Sekiranya tuan jual sebelum 31 Disember 2020, tuan layak untuk mendapat pengecualian CKHT berikutan inisiatif kerajaan semasa pandemik COVID-19.

      Tuan boleh hubungi saya 0199157971. Terima kasih

  20. Assalamualaikum.. brp lama proses utk LPPSA buat bayaran pertama kepada bank penjual selepas advice to release dh bg ke LPPSA? Dan brp lama proses utk bayaran kedua kpd penjual?

    1. Waalaikumussalam. terima kasih atas soalan. Berdasarkan pengalaman saya dalam masa 21 hari bekerja. Proses bayaran kedua selepas selesai pindah milik dan gadaian. Sekiranya tiada apa-apa masalah, dan tiada sekatan tanah, jika di Kelantan, lebih kurang 3 bulan.

      Apapun tuan perlu merujuk kepada ejen & peguam yang menguruskan kes tuan.

  21. Assalamualaikum tuan,, sy dah dpt kunci rumah dari agent tuan rumah ,boleh x sy baiki pagar pintu sbb pagar pintu dah rosak,mslh sy skrg juru ukur tanah blm ukur lg ,,jd pertyaan blh x sy terus kn baiki pagar rumah sy yg rosak itu,, sbb sy takut ada kaitan dgn juru ukur ..

    1. Waalaikumussalam wbt.

      Secara umumnya sekiranya memang sudah ada pagar sedia ada dan sempadan tanah memang sudah jelas, tiada masalah untuk baiki.

      Sekiranya ada kemusykilan, lebih baik tentukan semula sempadan dengan menggunakan khidmat jurukur.

  22. Salam
    saya ingin bertanya :

    Proses jual rumah saya bermula pada Mei 2019, saya dimaklumkan oleh peguam, proses biasanya ambil masa dlm tempoh 8 bulan. Consent keluar dalam awal Sept 2019, dan ikut pengiraan pihak peguam, tempoh 3 bulan (hari bekerja berakhir pada 4.2.20),sehingga kini masih belum selesai
    soalannya :

    mengikut perjanjian, interest akan dikenakan keatas kelewatan, dan 17.3 bermula PKP, pihak peguam menegaskan bahawa dalam tempoh PKP tiada interest akan dikira, walaupon saya menyatakan bahawa bermula dari 4.5.20 semua pejabat dah bleh mula beroperasi..pihak peguam masih mengatakan bahawa masih x blh kenakan interest untuk tempoh itu..pabila saya memnta clause berkaitan issue penalti semasa pkp beliau x bagi..blh saya tau mmg saya x blh caj interest dr 17.3.20 hingga ke hari ni atau bagaimana

    2) soalan kedua: pada 27.7.20, pihak peguam memaklumkna bahawa beliau telah menerima duit dr LPPSA, dan dia akan membuat kiraan jumlah sepatutnya diserahkan dan meminta saya mengemukakan semua utility bil yang telah dijelaskan pada hari tersebut juga..tp hingga ke hari ini beliau masih belum membuat pembayaran walaupon jumlah nya telah dipersetujui oleh saya..boleh kah saya tahu berapa lama tempoh sepatutnya peguam kena release duit tu kepada penjual ye

    terima kasih

    1. Waalaikumussalam, terima kasih atas soalan.

      1. Yang ini saya kurang arif, minta maaf.
      2. Secara umum, sekiranya tiada apa-apa masalah, pembayaran boleh dibuat terus. Apapun tempoh pembayaran penuh tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian jual beli.

      Harap dapat membantu.

  23. Saya skrg dlm proses jual rumah yg sudah habis dibayar.. Sekarang ni buyer saya sudah pn lulus pinjaman lppsa… Skrg ni saya perlu ke pejabat tanah untuk proses pindah hakmilik rumah.. Berapa lama kah proses ini sehingga saya memberi kunci dan menerima duit hasil jualan rumah..

    1. Terima kasih atas soalan. Kebiasaannya di Kelantan, proses untuk menerima duit hasil jualan selepas daripada pindah milik rumah, lebih kurang 3 bulan sekiranya tiada apa-apa masalah dan tiada sekatan ke atas tanah tersebut.

      Apapun pihak tuan/puan perlu merujuk kepada ejen dan peguam yang menguruskan kes ini.

      1. assalamualaikum wbt. bagaimana pula dgn lot bangunan kedai (2 tingkat). adakah proses sama seperti jual beli rumah? sekiranya hendak jual, adakah tuan kedai akan menyerahkan kpd agent utk proses penjualan? tkasih jika penulis baca & jawab soalan – sebab penulisan ni dh lama kn. 😀

        1. Waalaikumussalam, terima kasih atas soalan. Sama sahaja, boleh lantik agent untuk jualkan. sekiranya perlukan khidmat dari saya, boleh hubungi 0199157971. Terima kasih

  24. Assalamualaikum…
    Brp lama proses dpt duit dari hasil jualan rumah, setelah baki hutang di lppsa di lunaskan…
    Terima kasih.

  25. Assalamualaikum
    Berkenaan dgn soalan diatas,
    Pinjaman pembeli sudah diluluskan,surat dari lppsa utk penyata pembiayaan penuh sudah di kemukakan ke pihak bank,dimana dalam surat tersebut,pihak lppsa menyatakan yg pihak lppsa tiada masalah melepaskan gadaian.
    Maksudnya apa ye tuan
    Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih atas soalan.

      Kebiasan di Kelantan, mengambil masa 6 bulan sekiranya tiada apa-apa sekatan dan tiada apa-apa masalah.

      Surat tersebut merupakan penyata baki pinjaman daripada LPPSA, membolehkan bank pembeli membuat bayaran pertama untuk menyelesaikan baki pinjaman LPPSA tuan.

  26. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Saya ada jual rumah GRN dan dapat pembeli yang bayar cash.
    Sekarang ni geran dah tukar nama kepada pembeli..
    bilakah duit Rumah akan diterima?
    Berapa lama tempoh utk terima duit dari pihak lawyer tu sbb semua bil pembentungan dan lain2 tiada yg tertunggak.

    1. Waalaikumussalam wbt.

      Terima kasih atas soalan.

      Kebiasaannya selepas tukar nama dan geran diterima oleh pihak peguam, penjual sudah layak mendapat wang jualan.

      Apapun puan perlu merujuk kepada ejen dan peguam yang menguruskan kes ini.

  27. Assalam tuan,
    Sy ingin jual rumah kepada pembeli yg hanya mampu loan 70% shj kerana ini rumah ke3 pembeli. Pembeli berjanji akan membayar 30% lg secara cash setelah loan approved. Soalan sy. Bolehkah sy letak syarat bayaran 30% secara cash tu sebelum sign s&p? Atau ade ape2 syarat2 yg meletakkn penjual hanya boleh dapat 10% shj sblm urusan pindah milik selesai. Sy bertanya kerana sy risau pembeli akan melambatkan bayaran cash itu.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih atas soalan.

      Kebiasaannya deposit hanya 10%, dibayar semasa menandatangan perjanjian jual beli.

      Sekiranya penjual ingin mendapatkan deposit lebih daripada 10%, dan sekiranya pembeli bersetuju, perlulah ditulis dengan jelas dalam perjanjian jual beli.

      Apapun dapatkan nasihat daripada ejen dan peguam tuan.

  28. Assalamualaikum tuan,
    1. Brp lama tempoh dapat baki jualan sekiranya pinjaman pembeli sudah lulus dan hanya menunggu surat dari pejabat tanah…utk proses seterusnya…
    2. Adakah potongan pinjaman akan diberhentikan(pada bulan yang sama)selepas selesai urusan pembayaran baki hutang oleh pihak bank kepada lppsa.
    3. Brp lama tempoh proses utk (TERIMA BAKI JUALAN dan PEMBERHENTIAN POTONGAN GAJI) jika pihak bank sudah melunaskan baki hutang tersebut kepada pihak lppsa…
    Sekian terima kasih,

    1. Waalaikumussalam wbt. Kebiasaannya secara umum, sekiranya tiada apa-apa masalah dan tidak memerlukan kebenaran pihak berkuasa negeri untuk pindah milik, dalam tempoh 3-4 bulan juga.

      Potongan pinjaman biasanya diberhentikan 1-2 bulan selepas pembayaran daripada bank pembeli. Sekiranya ada terlebih bayar, tuan akan mendapat refund semula.

      Apapun tuan perlu merujuk ejen dan peguam yang mengendalikan fail ini.

  29. Salam sejahtera..nak tanya..kalau lppsa dah keluarkan byaran pertama pd 11/8, brp lama lgikah byaran kedua akn dikeluarkan?adakah akn mengmbil masa lgi untuk berbulan2?tq

    1. Salam sejahtera.

      Terlebih dahulu perlu diketahui apakah yang dimaksudkan dengan bayaran pertama tersebut? Adakah pihak tuan/puan menjual rumah yang masih dalam pinjaman, ataupun bayaran pertama untuk membeli rumah dalam pembinaan?

      Terima kasih.

  30. Assalamualaikum
    Saya ada sebuah rumah di kawasan seri manjung perak. Dan masih ada baki hutang dalam 8 tahun (lppsa) saya jual rumah ini… Pembeli buat pinjaman bank. Jadi berapa lama tempoh untuk saya dapat wang jualan rumah saya. Terima kasih

    1. Waalaikumussalam. terima kasih krn bertanya. Sekiranya tiada apa2 masalah, dan pindah milik tidak memerlukan apa-apa consent daripada kerajaan negeri, biasanya 6 bulan. Ini untuk kes di Kelantan, sekiranya di sana, pihak tuan perlu merujuk peguam yang menguruskan perkara ini.

  31. Tuan, nak tanya ni. Betulkah peguam berhak pegang 10% deposit drpd pbeli kpd penjual?
    Situasi sya skrg, sya menjual rumah dgn hrga 280k,baki lppsa dlm274k. Peguam kata, keuntungan yg saya dpt hanya dlm 5k. Betul ke? Jadi yg 10% deposit tu saya tak dpt?sebab peguam tu cakap 10% deposit tu utk cover loan?tp bukan kah harga jualan 280k tu ckup utk cover full settlement 274k tu?atau ada apa2 yg sya terlepas pandang?

    1. Terima kasih kerana bertanya.

      Berdasarkan apa yang diceritakan oleh tuan, pada hemah saya, betul apa yang diberitahu oleh peguam. Kerana 10% deposit tersebut sudah termasuk dalam harga jualan rm 280k.

      Apapun tuan/puan perlu merujuk kepada peguam.

  32. Salam..

    Sy jual rumah.. Segala process dah selesai.. Loan bank sy dah settle oleh bank pembeli sehingga pengesahan pihak pemaju..

    Untuk kepastian, berapa lama masa yg di ambil oleh bank pembeli (kebiasaannya) akan buat bayaran baki jualan pada sy?

    Harga jualan – baki loan = baki jualan..

    1. Bayaran baki akan dibuat apabila sudah selesai tukar nama dan gadaian kepada bank pembeli. Sekiranya proses tersebut tiada apa-apa masalah, dan tidak memerlukan kebenaran (consent) daripada negeri, biasanya 2 hingga 3 bulan.

  33. Salam tuan..bagaimana pembayaran jualan rumah yg akan bank pembeli beri kepada penjual??Ambil contoh rumah penjual beharga rm400k..setelah sign spa pembeli membayar baki 10% dari harga jualan..baki rm360k bank pembeli akan bayar penuh rm360k terus atau dibayar secara berperingkat??

    1. Terima kasih atas soalan.

      Sekiranya rumah yang dijual masih ada pinjaman dengan bank, bank pembeli akan buat dua kali pembayaran.

      Pembayaran pertama untuk menyelesaikan baki pinjaman.

      Pembayaran kedua setelah selesai proses tukar nama kepada pembeli dan gadaian kepada bank pembeli, iaitu baki bersih daripada harga pembelian.

  34. Assalamualaikum…
    Saya bercadang nak jual sebuah rumah teres setingkat di kawasan machang kelantan.Sekarang saya bekerja dan menetap negeri Perak . Agak merumitkan saya untuk menguruskan proses-proses jualan tersebut. Apakah cadangan nasihat daripada tuan?

  35. salam tuan.. tumpang tnya.. kalau status sekarang dlm portal lppsa “peguam sedang menyediakan surat nasihat ke dua” ..setakat mana proses permohonan saya ketika ini? rumah yang dibeli ini owner masih berbaki hutang.

    1. Waalaikumussalam. Biasanya tak lama dah tu. Sebab tunggu siap tukar nama dan gadaian, kemudian pembayaran kedua akan dibuat. Mungkin ambil masa dalam 2-3 bulan lagi. Bergantung kepada tanah tersebut, adakah memerlukan consent ataupun tidak, dan adakah ada masalah-masalah lain.

  36. Assalamualaikum

    Tumpang tanya,adakah saya perlu bayar penalti rm400 diatas sebab pendaftaran selepas 3 bulan borang 14A.

    Sy sebagai buyer menolak pembayaran itu disebabkan bukan kelewatan dari sebab sy.adakah betul tindakan sy?

    1. Waalaikumussalam.

      Setahu saya kebiasaan di Kelantan akan dikenakan penalti sekiranya lambat daftar borang 14a. Pihak puan perlu berbincang dengan peguam apakah yang menyebabkan kelewatan tersebut dan siapakah yang sepatutnya menanggung kos tersebut.

  37. Assalamualaikum. Saya nak tanya loan saya melalui bank sudah lulus . Tempoh berapa lama untuk dapat kunci rumah ya . Sebab saya beli rumah yang masih ada hutang lppsa . Terima kasih

    1. Waalaikumussalam. Kebiasaannya di Kelantan mengambil masa dalam 6-8 bulan, sekiranya tiada apa-apa masalah dan rumah tersebut tiada sekatan (dalam dokumen geran).

  38. Assalamualaikum,

    Saya dalam proses menjual rumah saya. Pembeli telah ada. Nak tanya, sekiranya bank loan pembeli adalah sama dgn loan bank saya, adakah cara ini dapat membantu untuk mempercepatkan proses pemindahan hak milik? Alhamdulillah pembeli itu mempunyai credit score yg baik. T.kasih

  39. Salam tuan, saya nak bertanya saya ada membeli rumah teres dr individu melalui pinjaman lppsa dan telah menandatangani perjanjian. Nak tanya biasa nya berapa lama tempoh yg di ambil peguam utk menyerahkan geran kepada pihak lppsa bg membolehkan pengeluaran wang pembiayaan? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. terima kasih krn bertanya, biasanya proses tersebut ambil masa selama 3-4 bulan sekiranya rumah tersebut bebas daripada pinjaman pemilik sebelumnya.

  40. Hi, saya membeli rumah subsale-proses tukar nama dan loan sudah pun dibuat. Saya juga sudah menerima kunci dr seller. Tetapi seller tidak mendapat duit daripada pihak bank? Mengapa? Dan sekiranya sepanjang tempoh duit itu tidak diterima oleh seller, bolehkah pembeli iaitu owner baru membuat renovation? Adakah seller masih berhak utk mengambil sewa keatas pembeli? Saya tersepit kerana sedang membuat renovation tetapi dipahamkan pihak seller tidak dapat duit dan akan mengambil sewa keatas saya. Mohon penjelasan. Terima kasih

    1. Hi. Terima kasih krn bertanya. Tuan kena bertanya pihak lawyer dgn lebih lanjut kenapa pihak seller masih belum menerima duit. Apapun tidak digalakkan untun renovate rumah tersebut.

  41. asalamualaikum… saya ingin bertanya… saya ingin membeli tanag berstatus pertanian di kedah untuk buat rumah… soalan saya berapa lama tempoh untuk proses pembelian tanah… adakah ia juga sama tempoh dengan beli rumah? atau mcm mana proses… sbb sya ingin beritahu penjual berkenaan tempoh lama proses penjualan tanah… terima kasih…

    1. Waalaikumussalam wbt. Terima kasih krn bertanya. Adakah tuan akan buat pinjaman lppsa/pinjaman bank. biasanya tempoh sama dengan beli rumah. dalam 3-4 bulan proses.

      1. lppsa tn… kalu saya disahkan jawatan(tolak kwsp) tapi kwsp di dalam slip gaji stay masih tolak sbb kwsp kena tunggu 3 tahun untuk tidak lagi ditolak ….boleh x saya buat loan lppsa?

        1. Mohon bertanya, Saya dlm proses menjual rumah(loan lppsa) & sdh ada pembeli(guna bank loan). Proses skrg pihak bank minta sttment baki hutang dr. Lppsa..Bberapa hr yg lps, saya trima surat baki hutang dr Lppsa(Surat utk bank pembeli sbnrnya)
          1. Apa lagi proses slps itu?
          2. Berapa lama proses seterusnya sehingga saya dpt hasil dr jual rmh trsebut?

          1. Terima kasih atas soalan.

            Selepas pihak bank dapat statement baki hutang, pembayaran pertama akan dibuat oleh pihak bank ke akaun loan LPPSA tuan, bagi menyelesaikan baki loan. Seterusnya pihak LPPSA akan menghantar geran kepada lawyer pembeli, nama ditukar kepada pembeli dan digadai kepada bank pembeli, seterusnya barulah bank disburse pembayaran kedua kepada tuan.

            Biasanya proses ini ambil masa dalam 3-4 bulan bergantung pada tanah tersebut, dan juga urusan di pejabat-pejabat yang berkaitan. Kalau tanah ini memerlukan consent untuk pindah milik, maka proses akan jadi lebih lama.

  42. Assalamualaikum..Saya Ada beli rumah subsale guna lppsa.. January Ni dah start potong loan rumah..tapi kunci akan dpt dlm bulan February..sbb tgh tggu borang dpd bank penjual..mmg macam Ni ke proses beli rumah guna loan gov? Sbb ini Kali pertama sy beli rumah so bnyk benda sy Tak tahu

    1. Waalaikumussalam. Kebiasaan proses memang begitu. Puan boleh rujuk dalam perjanjian jual beli, bilakan penyerahan milikan kosong perlu dilalukan. Kebiasaannya apabila telah sempurna bayaran daripada pembeli kepada penjual. Untuk menyempurnakan bayaran tersebut, perlu tunggu geran daripada bank penjual sampai kepada lawyer, ditukar kepada nama Puan, digadai kepada LPPSA, barulah LPPSA akan dirsburse baki pembayaran kepada penjual.

  43. Assalamualaikum…saya telah jual rumah dan sudah sign SNP, dan buyer dh byr semuanya harga rumah yg dijual..soalan saya, bila saya boleh dapatkan deposit dr penjualan rumah? Bila tny peguam, dia mengatakan kena tunggu penyata baki dr bank dulu bru blh serahkan deposit..maksudnya kena settlekan semua bru dpt deposit ke?

    1. Waalaikumussalam, sebenarnya deposit bergantung kepada persetujuan antara pihak Puan dengan pembeli pada awal-awal lagi, adakah boleh diserahkan terus atau perlu menunggu proses lain selesai. Tetapi ada juga kes yang mana baki loan hampir-hampir sama dengan harga jualan, ataupun melebihi harga jualan. Dalam kes ini, peguam tidak boleh menyerahkan deposit tersebut kepada penjual, sehingga dapat mengetahui amaun baki loan dengan tepat.

  44. Assalamualaikum.. Saya telah menjual rumah sejak bulan Okt 19..dan sekarang di peringkat akhir dimana nombor serahan land ofis dah dihantar ke LPPSA , sejak 2 minggu lalu. Pertanyaannya
    1. Berapa lama untuk LPSSA proses bagi mendapat baki rumah tersebut.
    2. Adakah LPPSA akan hantar notifycation kepada seller jika baki telah dimasukkan kedalam akaun lawyer?
    Rasanya terlalu lama pihak lawyer nak selesai kan penjualan rumah sejak Okt 19 sehingga sekarang belum selesai lagi.

    1. Waalaikumussalam. Mengikut pengalaman saya, sekiranya tiada apa-apa masalah, akan mengambil masa sekitar 6 bulan. Tetapi disebabkan faktor PKP, mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

      Tetapi ada juga kes yang mengambil masa sehingga setahun atau lebih, terutama bagi kes yang mana perlukan consent daripada kerajaan untuk pindahmilik.

  45. Assalamualaikum encik. Maaf bertanya. Berapa lamakah tempoh masa diambil selepas loan pembeli disbursed ke lawyer untuk ke fasa penyelesaian lppsa penjual?

    1. Waalaikumussalam. Kena tengok loan pembeli disbursed kali pertama atau kedua? Sekiranya rumah penjual tiada baki loan, maka loan pembeli disbursed satu kali sahaja. Sekiranya rumah penjual masih ada baki loan, maka loan pembeli akan disburse dua kali.

      Biasnya mengambil masa 3-6 bulan untuk selesai penjualan.

  46. Assalamualaikum

    Tuan

    Saya nak tanya..saya nak jual rumah saya. Dengan bank masih ada baki RM89k. Saya nak jual dan pembeli bersetuju dengan RM170k. Apa prosedur selakusaya penjual perlu lakukan. Sy perlu lantik peguam sendiri ke macam mana. Saya juga nak tanya, adakah saya juga perlu bawa pembeli ke bank yang saya buat sebelum ini. Mohon pandangan. Saya tak kurang arif. Ni pertama kali nak jual rumah.

    1. Waalaikumussalam. Puan boleh menggunakan khidmat lawyer bagi memudahkan urusan. Ada juga penjual tidak ingin menggunakan khidmat lawyer, hanya ‘menumpang’ lawyer pembeli. Maksudnya transaksi ini hanya diwakili oleh satu lawyer sahaja. Terpulang pada Puan.

      Tidak semestinya pembeli perlu buat pinjaman dengan bank yang sama dengan bank Puan.

  47. Assalamualaikum..
    Saya telah menjual rumah saya pada tahun 2019, buat masa ini saya cuma mendapat wang deposit rumah sahaja iaitu pada Disember 2019, loan LPPSA telah selesai pada September 2020, namun sehingga sekarang masih belum nampak tanda- tanda urusan saya bila akan selesai, peguam hanya memberi alasan PKP, sedangkan pembeli sudah pun mendapat kunci rumah pada Disember 2020, atas alasan pembeli sudah dikenakan bayaran bulanan saya terpaksa menyerahkan kunci rumah, Apa yang patut saya buat, bolehkah tuan memberi pendapat dan panduan kepada saya. Terima kasih

    1. Waalaikumussalam wbt.

      Pada pendapat saya Puan boleh menghubungi lawyer dan bertanya kat proses mana yang sangkut. Ada beberapa step lagi sebelum Puan dapat pembayaran baki. LPPSA perlu menghantar geran kepada lawyer, seterusnya proses pindah milik kepada pembeli baru dan gadaian kepada lppsa @ bank pembeli. Sekiranya tanah tersebut memerlukan consent daripada kerajaan untuk pindah milik, urusannya akan menjadi lebih lama. Seeloknya Puan berbincang dengan peguam, di peringkat manakah proses penjualan ini.

  48. Salam tuan…saya mempunyai pertanyaan. Sy telah membeli rumah menggunakan loan LPPSA, tetapi disebabkan faktor peribadi sy ingin menjual balik rumah tersebut . Bolehkah rumah yg masih dlm pembinaan 70% dijual kembali ? Dan apakah proses yg saya dapat lakukan

    1. Waalaikumussalam, terima kasih krn bertanya. Setahu saya tidak boleh dijual, mesti kena tunggu sehingga siap 100% dan loan telah di-disburse 100%. Apapun puan boleh merujuk kepada peguam puan untuk mendapatkan pengesahan. Terima kasih.

  49. Assalamualaikum tuan.. saya nak bertanya. Boleh tak kita saman balik lawyer loan hartanah ni. Dsbbkan lawyer loan lambat buat kerja. Bila kita tnya status rumah dia ckp masi pending. Dn bermacam2 alasan dbuatny.. kalau saya kena intrest dri bank pnjual dsbbkn lawyer loan lmbt buat kerja. Boleh tak saya sruh lawyer loan byr intrest yg dkenakan kpda saya. Bagi cadangan tuan..

    1. Waalaikumussalam wbt. Maaf atas kelewatan. Yang ni saya tak pasti, kelewatan biasanya disebabkan oleh banyak faktor, seperti kelewatan dari pejabat tanah dan lain-lain. Seeloknya tuan berbincang dengan lawyer, apakah yang menyebabkan file sangkut lama.

  50. Assalamualaikum nak tanya encik sy ada kenalan dia buat pembiayaaan rumah kira reloan blik, skrg tinggal tolak hutang lama rumah jadi proses terima duit pinjaman tu agaknya brp lama. Bank rakyat.

    1. Waalaikumussalam, bergantung pada proses bank dan juga pejabat tanah. Ia agak subjektif, kebiasaan 3-5 bulan.

  51. as slm…ble sye thu, klo bank kate tggu letter of advise utk pmbyaran, brp lme tempoh kmasukan duit?

    tq

  52. Sekiranya saya hendak menjual tanah kepada pembeli LPPSA, adalah betul prosidur yg berikut;

    1) Proses pindah milik nama kepada pembeli perlu dilakukan dahulu sebelum duit boleh dilepaskan oleh LPPSA kepada peguam.
    2) Saya perlu memberi Gran asal kepada Lawyer untuk mereka membuat proses 1) diatas.
    3) LPPSA akan membuat bayaran kepada Lawyer dahulu sebelum duit it diberi pada saya.

    Saya kuathir sekiranya lawyer akan hold duit saya atau tanah saya akan ditukar milik tampa saya mendapat bayaran.

  53. Assalamualaikum,

    Saya hendak menjual tanah saya kepada pembeli yg menggunakan loan LPPSA, saya menggunakan khidmat lawyer pembeli. Saya diberitahu oleh lawyer pembeli bahawa saya perlu menyerahkan Gran Asal & Borang Pindah Milik (14A) asal kepada lawyer tersebut bagi proses tukar nama. Selepas tukar nama kepada pembeli berjaya barulah loan LPPSA pembeli akan release duit kepada lawyer tersebut, kemudian lawyer akan membuat bayaran pada saya.
    Betul ke proses dia macam tu?

    Terima Kasih

    1. Waalaikumussalam wbt. Terima kasih atas soalan. Ya memang normal prosesnya macam tu tuan. Kena tukar nama dan gadai kepada lppsa dulu, baru lah lppsa akan buat bayaran.

  54. salam, ingin bertanya,
    bagi proses pdftaran nama GERAN dari nama pemilik asal kepada pemilik baru, iaitu dipejabat tanah.
    berapa lamakah normal masa diambil ?

    Pelepasan gadaian (borang 16N)
    Pindahmilik (borang 14A)
    Gadaian (borang 16A)

    1. Waalaikumussalam. Bergantung kepada kebiasaan pejabat tanah tersebut. Kebiasaan pejabat tanah di Kota Bharu, mengambil masa 1-4 minggu untuk kesemua proses tersebut. Kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat.

    1. Waalaikumussalam wbt.

      Berdasarkan pengalaman saya, perkara pertama yang pembeli perlu buat adalah semak kelayakan loan. Sekiranya loan boleh lulus, pembeli perlu dapatkan khidmat peguam untuk urusan perjanjian jual beli dan proses-proses yang lain.

      Sekiranya tuan memerlukan khidmat saya untuk memudahkan segala proses tersebut, boleh whatsapp saya di 0199157971. Terima kasih.

  55. Tuan seperti mana yang di beritahu
    Isu sekarang saya buat pinjaman LPPSA sudah aproved loan dan rumah yang saya beli ini ada lah rumah siap rumah ni dah ada piemilik dan owner masih lagi bhutang dengan bank. isu nye pemotongan loan saya telah dibuat.. dan sy refer pada lawyer. Lawyer kata bank belum realese lg.. mcm mana nak buat kunci dan snp belum dpt lg? Risiko skrg adakah owner mengambil kesempatan atau dr pihak bank yg lmbat proses? Sy kurang jelas dlm hal ni.

    1. Ada ketika di mana pembayaran pertama telah dibuat ke akaun bank owner bagi menyelesaikan baki hutang, iaitu dipanggil redemption. Apabila pembayaran pertama telah dibuat, tuan perlu membuat bayaran bulanan, walaupun bayaran kedua (iaitu bayaran baki kepada owner) masih belum dibuat. Sebelum bayaran kedua dibuat, bank perlu hantar geran asal kepada lawyer, lawyer perlu discharge dan tukar nama kepada nama tuan, dan digadai kepada LPPSA, baru lah LPPSA akan buat bayaran kedua kepada owner. Dan selepas itu baru lah tuan akan dapat anak kunci.

      Yang terbaik adalah tuan merujuk lawyer tuan adakah berlaku kelewatan dalam kes ini, dan apakah faktor-faktornya.

      Harap dapat membantu.

  56. Saya nak tanya, kalau Kita jual rumah ni, duit beza tu akan masuk ke dalam akaun lawyer dulu k… Atau terus ke akaun Kita kita ye. Contoh jual rumah 300k, hutang ada dalam 200k sahaja.

      1. salam tuan..nk bertanya..rumah sy ,masih ada baki pinjaman dengan bank..harga rumah yg sy nak jual bernilai 250k..baki pinjaman 120k dengan bank.adakah pembayaran baki oleh bank pembeli akan direct transfer ke saya atau duit tersebut akan melalui lawyer dahulu.dan baru lawyer akan transfer ke sy?kenapa tidak bank direct transfer ke sy ye? maaf sy musykil sedikit.harap bantu tuan.risau duit tersebut tidak dapat ke tgn sy..

Leave a Reply to safwansalleh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *