Bagaimana mencari lokasi tanah berpandukan geran tanah.

Selaku ejen hartanah yang banyak menguruskan jualan hartanah, adalah sangat penting untuk saya memastikan tanah yang dijual adalah tepat dari segi lokasinya.

Ada beberapa cara untuk menentukan lokasi tanah berdasarkan geran tanah yang diberi.

Cara yang paling tepat adalah dengan mengupah jurukur untuk menanda sempadan tanah tersebut.

“Tapi tanah belum dijual, dah kena keluarkan kos?”

Kos jurukur pula mungkin mencecah rm 300 untuk satu lot.

Jangan bimbang.

Ada teknik mudah dan percuma yang boleh digunakan. Teknik ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, asalkan mempunyai 2 benda ini:

  1. Gambar plan tanah daripada geran, biasanya di muka surat 3.
  2. Akses internet.

Saya akan terangkan bagaimana langkah-langkahnya. (Pastikan anda baca nota penting di bawah sekali)

1. Buka website iplan.townplan.gov.my. Pilih ‘semasa’. 

iplan townplan

Paparan sebegini akan keluar. Tutup ‘dialog box’ lapisan guna tanah semasa dengan menekan pangkah.

lapisan guna tanah

Klik pada simbol kanta untuk membuat carian. Pilih ‘Lot’.

pilih lot.jpg

Masukkan maklumat no lot, mukim, daerah (jajahan) dan negeri. Lihat gambar rajah di bawah sebagai contoh. Saya masukkan maklumat lot tanah saya di Mukim Selising, Pasir Puteh, Kelantan.  Klik ‘search’.

collage

search lot tanah

Paparan seterusnya yang keluar merupakan tanah lot yang dicari. Yang berwarna oren adalah lot tanah tersebut. Untuk memaparkan gambar dari satelit, anda boleh memilih ‘Google Satellite’ di bahagian kiri.

petak tanah lot

Baiklah, seterusnya tiba masa yang dinanti-nantikan.

Bagaimana cara untuk menentukan lokasi tanah tersebut?

Gerakkan tetikus ke arah petak oren. Perhatikan bahawa ada nombor koordinat di bahagian bawah. Diberi dalam bentuk X & Y.

latitud dan longitud

X adalah longitud. 

Y adalah latitud. 

Salin nombor latitud dan longitud yang diberikan.

Buka https://www.google.com/maps. Masukkan koordinat bermula dengan Y dahulu, kemudian ‘koma’, kemudian koordinat X. Contohnya 5.88133,102.34407

Alhamdulillah…usaha berhasil!

lokasi tanah.png

Tekan peta yang diberikan, dan minta ‘direction’.

Gunakan apps google maps atau waze untuk membawa akan ke lokasi tanah tersebut.

Carian sebegini juga boleh dibuat untuk bangunan seperti rumah, kedai ataupun kilang. Asalkan anda mempunyai maklumat daripada geran tanah.

**Nota penting: Kaedah ini hanya terpakai untuk tanah yang sudah mempunyai nombor LOT.

Sekiranya tanah tersebut masih lagi Hakmilik Sementara dan hanya mempunyai no PT, anda tidak boleh menggunakan kaedah ini. Kerana no PT tidak didaftarkan dalam pengkalan data iplan.townplan.

Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan melihat plan tanah pada muka surat 3 geran, cari no LOT tanah yang berdekatan. Kemudian buat langkah-langkah di atas, dan anggarkan sendiri di mana lokasi tanah anda.

lot tanah berdekatan

Saya harap post kali ini memberi manfaat yang besar kepada pembaca. Kalau anda rasa belajar sesuatu daripada post ini, silakan komen di ruangan bawah.

Jika anda memerlukan khidmat ejen untuk menjual tanah anda di Kelantan, hubungi saya dengan segera.

Dibenarkan share dengan menyertakan sekali link artikel post ini. Terima kasih.

83 Replies to “Bagaimana mencari lokasi tanah berpandukan geran tanah.”

    1. Salam Tuan,
      Wow.. dpt tgk tanah saya… sy nak tanya… sebelah tanah saya tu ada petaknya.. tp tidak tertulis no lotnya… apa maksudnya? ada bermaksud tanah tu caj xder owner? blh ke saya mohon tanah itu?

      yg benar,
      Halem
      0197167814

      1. Waalaikumussalam, mungkin ada no lot tanah tersebut, tetapi tiada dalam sistem dalam internet. Tuan boleh beli CP (certified plan) di pejabat JUPEM untuk mendapatkan pengesahan berkenaan tanah tersebut.

    2. Terimakasih bebanyak Tuan
      saya telah mengunakan panduan Tuan dalam membantu pekebun pekebun kecil jenerasi kedua mengesan semula lokasi tanah peninggalan orang tua mareka sekitar Rembau .
      Terikasih

      1. Salam tuan..bagaimana nk cari koordinat satu tempat…geran ada no ptd ….boleh dptkan koordinat tempat berkenaan tak?

  1. sangat bermanafaat..boleh tahu istilah/term yg digunakan pada geran tanah,,,jarak sempadan dan bacaan bearing,,untuk mencari batu sempadan

  2. Salam tuan
    Sy wan.sy ade tanah utk dijual di pasir mas.2 lot dlm bandar pastu 2 lot lagi tanah sawah tepi jalan rantau panjang.opposite dgn terminal bas baru kt bandar baru pasir mas tasek raja.mcm mana sy nk dptkan pengesahan harga?perlu pergi ke pjbt tanah ke atau juruukur swasta(penilai)?
    Minta nasihat tuan.
    T.kasih

    1. Waalaikumussalam. terima kasih kerana bertanya. Tuan boleh dapat tahu anggaran nilai dengan menghubungi penilai swasta. Namun perlu diketahui bahawa kadang-kadang harga yang laku di pasaran tidak sama dengan nilai semasa.

      Tuan boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 0133573059

    1. Terima kasih krn bertanya. Boleh hubungi saya 0133573059 untuk saya recommend jurukur di Kelantan. Harga bergantung kepada keluasan tanah, berapa batu sempadan yang akan ditanam, dan lokasi tanah tersebut.

      1. mcm mana nk dptkn hakmilik kekal…?
        baru dpt geran yg ada lot PT setelah buat pecah bhgn…
        ada sekatan tak jika geran PT..?
        Status tanah ; pertanian
        tqvm tuan

        1. Terima kasih kerana bertanya.

          Biasanya hak milik kekal akan dapat selepas beberapa bulan.

          Berkenaan sekatan, boleh rujuk di dalam geran adakah ada ataupun tidak.

          Tuan/puan boleh merujuk kepada pejabat tanah untuk maklumat lanjut.

  3. Assalamualaikum tuan, saya buat carian lot di rawang tak jumpa la. kemudian saya buat carian lot sebelah ada 2 pulak result. macam mana tu?

    1. Waalaikumussalam wbt. Kalau tidak jumpa, mungkin lot tanah yang dicari masih lagi baru, dan belum dikemaskini dalam siste. Kalau ada 2 result pulak, saya tidak pasti kenapa.

  4. Masalah saya tanah.. Tiada jalan masuk dan keluar.. Adakah boleh check tanah jiran melalui apllikasi ini.. Utk lihat jalan yg berdekatan.. Dan image sebenar apa yg ada di situ.. Whatsapp 0194096378 zack

  5. Hai..salam sejahtera… terdapat garis berparit pada batu penanda sempadan selain nombor…apakah maksud garis berparit diatas permukaan batu itu? Tq

  6. Hi, nak tanya saya tinggal di Felda kalau nak cari map lama saya perlu rujuk JABATAN ape ye boleh dapatkan no telefon. Map yg dikemaskini tahun 2003. Tapi cam batu sempadan rumah tidak sama tempat seperti dahulu. Selepas ayah meninggal kami once a week balik rumah. Now tiba2 batu sempadan berubah. Kami pun baru perasaan. Sebab tu nak check balik map lama.

  7. terima ksh tuan ats perkongsian ni..sy jmpe satu batu sempadan dlm hutan belantara..tnggl nk cri lagi 5..moga bertemu jodoh lg 5 batu..amin..

  8. Mengapa Cara ini hanya boleh di guna kan untuk seberapa negeri sahaja. Tetapi Sabah tidak boleh di Masulan pada petak kosong tersebut ?

    1. Terima kasih atas soalan.

      Biasanya saya akan rujuk kepada juru ukur.

      Boleh sekiranya di negeri Kelantan, terutamanya di kawasan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Machang, dan Tanah Merah.

      Hubungi saya 0199157971.

  9. Salam tuan, saya ada beli satu lot tanah , daripada satu lot besar yang dipecah bahagian dan sudah dapat geran. Apa proses seterusnya?

  10. Assalaamualaikum tuan, alhamdulillah sangat memberi menaafaat, saya merakamkan ribuan terimasih untuk tuan, semoga tuan sentiasa di dalam rahmat Allah dan dimurahkan rezeki, Amin.

  11. Saya cari guna bil cukai (resit bayar cukai).. Pada bil cukai ada tambahan tiga 000 pada no lot. Contoh 0001234, buang 000 depan dan masukan 1234 sahaja pada carian lot dalam i-Plan tu Insyaa Allah berjaya

  12. salam, sy ingin bertanya, sy ada mohon tanah. bila sy panggil org datang ukur, atas tanah sy mohon tu ada rumah, dan masa sy memohon tanah tersebut tanah tu masih kosong, sekarang sy dh terima surat dari pejabat menteri besar dan sy terima surat sokongan dari dato do.rumah tersebut plk didiami pendatang asing yg mana menyewa disitu,,, bermakna rumah tersebut dibina secara haram…. jadi bagaimana untuk sy mengambil tanah tersebut. terima kasih

    1. Wslm, maaf saya tiada pengalaman tentang hal ini. Sekiranya Puan Siti sudah memiliki tanah tersebut secara rasmi, maka orang yang tinggal di situ sudah dikira menceroboh (trespass). Puan Siti boleh cuba dapatkan khidmat daripada peguam untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

  13. Assalamualaikum tuan. Ada tak cara kita nak tentukan koordinat batu sempadan tanah? Daripada website ni boleh cari koordinat semua batu sempadan atau ada cara lain? Trm ksh.

    1. Waalaikumussalam wbt. Setahu saya koordinat batu sempadan hanya boleh ditentukan dengan mengukurnya. Iaitu dengan menggunakan khidmat jurukur.

  14. Assalamualaikum.. sya nak tanya, kenapa saya punya i-plan tak ada google satelite tu? Dekat mana sya nak click Google satelite? Ada kena setting dekat mana-mana dulu ke?

    1. Waalaikumussalam, terima kasih krn bertanya. Sekiranya tuan menggunakan desktop, di bahagian column belah kiri, pilih bing aerial.

  15. salam tuan..nak tanya. dalam geran jarak antara batu ke batu dlm unit HI. contoh 211.23HI. apa maksud unit HI tersebut? mcm mn nak convert ke unit kaki/meter? mohon penjelasan. tq

  16. Assalamualaikum tuan. Saya ada berkenan satu kawasan tanah sekitar kampung saya tetapi tak tahu siapa pemiliknya walau dah tanya pada org sekitar. Bagaimana boleh saya tahu nombor lot serta bentuk(plan pandangan atas) sesuatu tanah yg saya tidak tahu siapa pemiliknya? Saya lihat dalam Mudah.my ada penjual hartanah yg menunjukkan gambar satelit beserta sempadan tanah-tanah lot. Adakah ada aplikasi tertentu yg membolehkan saya melihat lot-lot tanah seperti itu? Terima kasih

    1. Waalaikumussalam wbt. Terima kasih atas soalan. Pada pendapat saya, Puan ada dua cara untuk mengesannya:

      1. Dapatkan no lot daripada tanah-tanah bersebelahan, kemudian boleh lah kenalpasti lot tersebut. Sama ada dengan beli CP di JUPEM, ataupun tengok sahaja plan tanah geran sebelahnya. Boleh juga guna iplan.townplan.gov.my atau website jupem untuk buat carian lot tersebut, selepas dapat no lot yang sebelahnya.

      2. Melantik jurukur untuk mengenalpasti no lot tersebut.

      Selepas dapat no lot tanah yang Puan inginkan, Puan boleh buat cabutan di pejabat tanah untuk mengenal pasti nama dan alamat pemilik.

      Harap dapat membantu. Terima kasih.

  17. Salam tuan, selamatkah guna khidmat semak harga tanah secara percuma di laman website – website? Mereka tawarkan khidmat secara percuma. Maklumat yang perlu diberikan tidak nampak curiga. Tk.

Leave a Reply to Mohd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *