Selaku ejen hartanah yang banyak menguruskan jualan hartanah, adalah sangat penting untuk saya memastikan tanah yang dijual adalah tepat dari segi lokasinya.
Ada beberapa cara untuk menentukan lokasi tanah berdasarkan geran tanah yang diberi.
Cara yang paling tepat adalah dengan mengupah jurukur untuk menanda sempadan tanah tersebut.
“Tapi tanah belum dijual, dah kena keluarkan kos?”
Kos jurukur pula mungkin mencecah rm 300 untuk satu lot.
Jangan bimbang.
Ada teknik mudah dan percuma yang boleh digunakan. Teknik ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, asalkan mempunyai 2 benda ini:
- Gambar plan tanah daripada geran, biasanya di muka surat 3.
- Akses internet.
Saya akan terangkan bagaimana langkah-langkahnya. (Pastikan anda baca nota penting di bawah sekali)
1. Buka website iplan.townplan.gov.my. Pilih ‘semasa’.
Paparan sebegini akan keluar. Tutup ‘dialog box’ lapisan guna tanah semasa dengan menekan pangkah.
Klik pada simbol kanta untuk membuat carian. Pilih ‘Lot’.
Masukkan maklumat no lot, mukim, daerah (jajahan) dan negeri. Lihat gambar rajah di bawah sebagai contoh. Saya masukkan maklumat lot tanah saya di Mukim Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Klik ‘search’.
Paparan seterusnya yang keluar merupakan tanah lot yang dicari. Yang berwarna oren adalah lot tanah tersebut. Untuk memaparkan gambar dari satelit, anda boleh memilih ‘Google Satellite’ di bahagian kiri.
Baiklah, seterusnya tiba masa yang dinanti-nantikan.
Bagaimana cara untuk menentukan lokasi tanah tersebut?
Gerakkan tetikus ke arah petak oren. Perhatikan bahawa ada nombor koordinat di bahagian bawah. Diberi dalam bentuk X & Y.
X adalah longitud.
Y adalah latitud.
Salin nombor latitud dan longitud yang diberikan.
Buka https://www.google.com/maps. Masukkan koordinat bermula dengan Y dahulu, kemudian ‘koma’, kemudian koordinat X. Contohnya 5.88133,102.34407
Alhamdulillah…usaha berhasil!
Tekan peta yang diberikan, dan minta ‘direction’.
Gunakan apps google maps atau waze untuk membawa akan ke lokasi tanah tersebut.
Carian sebegini juga boleh dibuat untuk bangunan seperti rumah, kedai ataupun kilang. Asalkan anda mempunyai maklumat daripada geran tanah.
**Nota penting: Kaedah ini hanya terpakai untuk tanah yang sudah mempunyai nombor LOT.
Sekiranya tanah tersebut masih lagi Hakmilik Sementara dan hanya mempunyai no PT, anda tidak boleh menggunakan kaedah ini. Kerana no PT tidak didaftarkan dalam pengkalan data iplan.townplan.
Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan melihat plan tanah pada muka surat 3 geran, cari no LOT tanah yang berdekatan. Kemudian buat langkah-langkah di atas, dan anggarkan sendiri di mana lokasi tanah anda.
Saya harap post kali ini memberi manfaat yang besar kepada pembaca. Kalau anda rasa belajar sesuatu daripada post ini, silakan komen di ruangan bawah.
Jika anda memerlukan khidmat ejen untuk menjual tanah anda di Kelantan, hubungi saya dengan segera.
Dibenarkan share dengan menyertakan sekali link artikel post ini. Terima kasih.
Salam.tuan… Amat membantu.. ..bole dpt ke batu sempadan?
Waalaikumussalam. Ini hanya untuk anggaran sempadan sahaja. kalau nak dapat batu sempadan secara tepat, kena minta khidmat juru ukur.
Sangat2 membantu dlm membuat carian hartanah
Terima kasih atas komentar.
terima kasih, sangat membantu
Terima kasih tuan atas perkongsian.
Assalamualaikum tuan koodinat ni dia guna format ape map ni
Waalaikumussalam. dalam iplan guna format decimal
terima kasih tuan, sangat membantuu.. thumbs up!
Sama2 tuan. terima kasih krn sudi membaca.
Salam tuan..bagaimana nk cari koordinat satu tempat…geran ada no ptd ….boleh dptkan koordinat tempat berkenaan tak?
Waalaikumussalam. Boleh saya tahu apakah yang dimaksudkan dengan no PTD pada geran tersebut?
Terbaik tuan…
sangat bermanafaat..boleh tahu istilah/term yg digunakan pada geran tanah,,,jarak sempadan dan bacaan bearing,,untuk mencari batu sempadan
Assalamualaikum terima kasih atas ilmu ini
Waalaikumussalam wbt. sama2. Terima kasih krn sudi membaca.
Salam tuan
Sy wan.sy ade tanah utk dijual di pasir mas.2 lot dlm bandar pastu 2 lot lagi tanah sawah tepi jalan rantau panjang.opposite dgn terminal bas baru kt bandar baru pasir mas tasek raja.mcm mana sy nk dptkan pengesahan harga?perlu pergi ke pjbt tanah ke atau juruukur swasta(penilai)?
Minta nasihat tuan.
T.kasih
Waalaikumussalam. terima kasih kerana bertanya. Tuan boleh dapat tahu anggaran nilai dengan menghubungi penilai swasta. Namun perlu diketahui bahawa kadang-kadang harga yang laku di pasaran tidak sama dengan nilai semasa.
Tuan boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 0133573059
Terima kasih.akan sy hubungi.
khidmat juru ukur biasanya harga berapa ? ada contact tak ?
Terima kasih krn bertanya. Boleh hubungi saya 0133573059 untuk saya recommend jurukur di Kelantan. Harga bergantung kepada keluasan tanah, berapa batu sempadan yang akan ditanam, dan lokasi tanah tersebut.
salam tuan, saya cube untuk mencari menggunakan lot tanah di melaka tapi tak berjaya, ada cari lain tak ye?
Waalaikumussalam. Dah pastikan no lot bukan PT? Kalau x jadi juga, perlu dptkan pertolongan juru ukur.
maaf tuan, PT tu apa ye 🙂
Rujuk artikel sy. PT tu no lot sementara yg diberikan oleh pejabat tanah. Sebelum dapat hakmilik kekal.
terima kasih tuan.
Sama-sama.
mcm mana nk dptkn hakmilik kekal…?
baru dpt geran yg ada lot PT setelah buat pecah bhgn…
ada sekatan tak jika geran PT..?
Status tanah ; pertanian
tqvm tuan
Terima kasih kerana bertanya.
Biasanya hak milik kekal akan dapat selepas beberapa bulan.
Berkenaan sekatan, boleh rujuk di dalam geran adakah ada ataupun tidak.
Tuan/puan boleh merujuk kepada pejabat tanah untuk maklumat lanjut.
Assalamualaikum tuan, saya buat carian lot di rawang tak jumpa la. kemudian saya buat carian lot sebelah ada 2 pulak result. macam mana tu?
Waalaikumussalam wbt. Kalau tidak jumpa, mungkin lot tanah yang dicari masih lagi baru, dan belum dikemaskini dalam siste. Kalau ada 2 result pulak, saya tidak pasti kenapa.
Masalah saya tanah.. Tiada jalan masuk dan keluar.. Adakah boleh check tanah jiran melalui apllikasi ini.. Utk lihat jalan yg berdekatan.. Dan image sebenar apa yg ada di situ.. Whatsapp 0194096378 zack
Boleh, asalkan ada no lot dan mukim
Saya takde no lot.. Tapi no pt ada camane ye?
ilmu yang bermanfaat….. terima kasih
Sama-sama tuan. Diizinkan untuk share dengan mengekalkan link asal.
Hai..salam sejahtera… terdapat garis berparit pada batu penanda sempadan selain nombor…apakah maksud garis berparit diatas permukaan batu itu? Tq
Salam. Maaf, sy pun tidak tahu.
Sangat membantu saya sbg Jurukubahan & agen hartanah…terima kasih tuan…
Sama-sama. Terima kasih juga atas respon.
KALAU NAK TAHU SMPADAN KENA TAHU XY 4 PENJURU LAH YE?
Terima kasih tuan. Minta halal ilmu yang diberikan. Semoga pahala berpanjangan
Terima kasih tuan. Minta doa juga.
Terima kasih kongsi ilmu…ganjaran pahala berkekalan
Sama-sama tuan. Amin.
Hi, nak tanya saya tinggal di Felda kalau nak cari map lama saya perlu rujuk JABATAN ape ye boleh dapatkan no telefon. Map yg dikemaskini tahun 2003. Tapi cam batu sempadan rumah tidak sama tempat seperti dahulu. Selepas ayah meninggal kami once a week balik rumah. Now tiba2 batu sempadan berubah. Kami pun baru perasaan. Sebab tu nak check balik map lama.
Terima kasih atas soalan.
Boleh rujuk Jabatan Ukur dan Pemetaan. JUPEM.
terima ksh tuan ats perkongsian ni..sy jmpe satu batu sempadan dlm hutan belantara..tnggl nk cri lagi 5..moga bertemu jodoh lg 5 batu..amin..
Sama-sama tuan. Semoga dipermudahkan.
Terima Kasih Tuan,amat membantu.cuma nak tanya,ada ke cara nak tahu pemilik tanah tanpa perlu buat carian persendirian?
Terima kasih kerana bertanya. Kebiasannya perlu membuat cabutan / carian juga.
Mengapa Cara ini hanya boleh di guna kan untuk seberapa negeri sahaja. Tetapi Sabah tidak boleh di Masulan pada petak kosong tersebut ?
terima kasih info Tuan Safwan
Sama-sama tuan.
Tuan kalau nak Cari Batu sempadan boleh ke….Batu sempadan hilang diturap tar
Terima kasih atas soalan.
Biasanya saya akan rujuk kepada juru ukur.
Boleh sekiranya di negeri Kelantan, terutamanya di kawasan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Machang, dan Tanah Merah.
Hubungi saya 0199157971.
Info yg sangat berguna . terima kasih atas perkongsian ilmu…Semoga Allah memberi ganjaran yg lebih baik kepada tuan
Sama-sama tuan. Amiin.
Salam tuan, saya ada beli satu lot tanah , daripada satu lot besar yang dipecah bahagian dan sudah dapat geran. Apa proses seterusnya?
Waalaikumussalam. Maksud tuan proses seterusnya macam mana tu?
Maksud saya tu, kena buat tanda kawasan lot ke