Jual rumah pun ada kos yang perlu dikeluarkan?
Ya bossku, jangan terkejut.
Sekiranya anda jual rumah anda dengan harga RM 100k, jangan berangan anda akan dapat bersih RM 100k. Di bawah saya senaraikan secara ringkas apakah kos-kos tersebut.
- Kos ejen.Anda mesti datang ke blog ini untuk mencari ejen kan? Jadi semestinya kos ejen adalah kos paling utama yang wajib untuk dikeluarkan. Biasanya ejen akan caj 3% daripada harga jualan. Ada juga ejen yang menetapkan caj minimum bagi harga di bawah paras tertentu, seperti syarikat saya sendiri.Bilakah perlu membayar kepada ejen?
Biasa ejen akan caj ‘fee’ tersebut daripada ‘booking’ @ ‘earnest deposit’ pembeli. Sekiranya booking tersebut tidak mencukupi sebanyak 3%, biasanya ejen akan caj apabila pembayaran dikeluarkan daripada bank pembeli kepada peguam.
- Kos pelepasan gadaian.Adakah rumah yang nak dijual tersebut masih dalam gadaian bank / LPPSA? Sekiranya ya, maka penjual perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk membayar kos pelepasan gadaian kepada peguam dan pejabat tanah. Amaun bergantung kepada pejabat tanah negeri masing-masing. Jika di Kelantan, kos pelepasan gadaian yang terkini adalah sekitar RM 1,000 – RM 3,000.
- CKHT / RPGT. Cukai Keuntungan Harta Tanah.
Sekiranya pemilikan rumah belum mencukupi 5 tahun, anda perlu bayar CKHT jika ada keuntungan. Rujuk di sini untuk jadual kadar cukai.Bagaimana dengan rumah yang sudah melebihi 5 tahun?
Jawabnya YA.
Anda tetap perlu membayar cukai tersebut. Bermula tahun 2019, kerajaan telah menetapkan bahawa CKHT akan dikenakan pada setiap penjualan hartanah, walaupun sudah melebihi 5 tahun. Cajnya adalah 5% daripada keuntungan.
- Segala tunggakan bil dan cukai. Anda perlu serahkan rumah dalam keadaan ‘clean & clear’ daripada sebarang ‘outstanding bills’. Antaranya adalah bil elektrik, bil air, cukai pintu, cukai tanah, dan ‘maintenance fee & service charge’ bagi apartment dan kondominium.
Contoh:
Sekiranya Encik Ahmad ingin menjual rumah beliau di Kota Bharu dengan harga RM 100,000. Beliau pun melantik saya sebagai ejen beliau. Rumah tersebut masih dalam gadaian BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan) dengan baki pinjaman sebanyak RM 10,000. Katakan rumah ini sudah melebihi 5 tahun pemilikan, dengan harga beli dulu sebanyak RM 50,000.
- Harga rumah: 100,000
- Kos ejen: 6,000
- Kos pelepasan gadaian: 3,000
- Tunggakan bil & cukai: 1,000
- Baki pinjaman: 10,000
- CKHT: 2,500 (saya ambil kira keuntungan adalah sebanyak RM 50k, untuk memudahkan pengiraan)
Jadi hasil bersih daripada harga jualan yang En Ahmad akan dapat:
100,000 – 6,000 – 3,000 – 1,000 – 10,000 – 2,500 = RM 77,500 sahaja.
Kesimpulannya, adalah dinasihatkan untuk buat kiraan terlebih dahulu sebelum menjual rumah. Kalau anda rasa tidak mahu pening kepala, hubungi ejen anda dan pastikan beliau boleh kirakan untuk anda.
..boleh jualkan satu lot tanah kami di kg pintu geng KB, Kelantan? 626m per. Letak harga RM170K, bole runding.
Hj. Nawawi, Shah Alam
InsyaAllah boleh. Sy boleh dihubungi dgn nombor 0133573059
Assalamualaikum tuan,
saya ada sebuah rumah semi-d untuk dijual di kawasan Kadok, ketereh, kota bharu yang saya beli melalui pinjaman bank BSN dan telah cukup lima tahun pd Ogos 2020.
Ada pembeli hendak membeli rumah tersebut dgn menggunakan pinjaman/pembiayaan LPPSA.
Mohon nasihat drpd tuan apa yang patut saya lakukan?
Waalaikumussalam. Terima kasih atas soalan.
Secara asasnya rumah yang masih dalam gadaian, boleh dijual kepada pembeli yang ingin membuat pinjaman LPPSA. Bergantung kepada rumah tuan (adakah terdapat sekatan atau apa-apa halangan lain), dan juga bergantung kepada pinjaman tuan (adakah terdapat tunggakan atau masalah-masalah lain).
Cara yang paling mudah, tuan dapatkan khidmat ejen atau lawyer untuk menguruskan penjualan tersebut. Terima kasih.
Salam
Saya nak bertanya :
Saya ingin menjual rumah dan masih ada baki loan dgn lpssa sebyk 70k dan masih ada 8 tahun untuk selasaikan pinjaman..
Adakan saya akan mendapat rebat drp baki pinjaman tersebut…saya membuat pinjaman islamik..
Waalaikumussalam. Maaf saya tidak pasti tentang perkara ini. Puan boleh merujuk terus kepada LPSSA tentang hal ini.