Cara-cara Membaca Geran Tanah (Siri 2)

Maklumat-maklumat hartanah adalah kandungan utama dalam geran. Jom kita tengok satu persatu. Saya hanya fokus pada item-item yang penting sahaja.

membaca geran tanah
Enter a caption

Negeri: Negeri mana tanah tersebut berada.

Daerah / Jajahan: Yang menarik di Kelantan, pejabat tanah adalah mengikut jajahan, bukan daerah. 10 jajahan yang ada di Kelantan. Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Bachok, Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Jeli.

Mukim. Bagi setiap jajahan, terdapat beberapa mukim di bawahnya.

Lot. No. LOT adalah untuk hakmilik tetap. Manakala no. PT untuk hakmilik sementara. Contoh PT 1234, LOT 4321. Ada juga lot yang dibahagi mengikut seksyen.

Kategori Penggunaan Tanah. Ada beberapa kategori, antaranya adalah Pertanian, Bangunan, Perindustrian / Perusahaan. Setiap kategori ada syarat-syarat nyata yang berlainan. Nilaian tanah pun berbeza mengikut kategori masing-masing.

Keluasan. Unit yang biasa diguna untuk keluasan tanah adalah hektar (untuk tanah pertanian) dan meter persegi (untuk tanah bangunan). Kadang-kadang unit ekar dan depa pun turut digunakan.

Ok, jom kita lihat pula perenggan seterusnya. Di sini kita akan dapati jenis hak milik & rezab melayu atau tidak. Sekiranya ditulis tanah ini diberi milik selama-lamanya, maka ia adalah tanah ‘freehold’. Sekiranya ditulis pajakan, maka ia adalah tanah pajakan, (leasehold) jadi lihat berapa lama tempoh pajakan. Sama ada 33 tahun, 66 tahun atau 99 tahun. Untuk mengetahui tarikh luput pajakan, lihat pada barisan atas. Akan ditulis bila tarikhnya.

Dalam kawasan rezab melayu. Ini bermaksud tanah ini tertakluk kepada undang-undang tanah rezab melayu. Sekiranya tidak ditulis, besar kemungkinan tanah ini bukan rezab melayu. Maka bukan melayu boleh memilikinya. Kadang-kadang ada orang melabel tanah bukan rezab Melayu sebagai tanah ‘freehold’ juga, yang bermaksud pegangan bebas.

membaca geran tanah

Syarat-syarat nyata. Kalau diperhatikan di muka surat bawah ataupun di muka surat dua bahagian atas, terdapat item sebegini. Syarat-syarat nyata membahagikan kategori-kategori tanah secara lebih spesifik. Contohnya syarat-syarat nyata bagi tanah pertanian adalah padi, dusun macam-macam, getah. Manakala bagi tanah bangunan adalah kediamaan atau perniagaan. Daripada syarat-syarat nyata ini, kita boleh menduga bagaimana keadaan tanah tersebut, contohnya jika tanah padi, adakah perlu ditambun sekiranya ingin buat bangunan, berpaya atau tidak, adakah ada rezab jalan atau tidak? Nilaiannya pun berbeza mengikut syarat-syarat nyata masing-masing.

Sekatan-sekatan kepentingan. Saya kira bahagian ini adalah perkara kedua paling penting selepas maklumat tanah. Sekatan kepentingan merupakan batasan atau sekatan hak tuan tanah ke atas tanah tersebut, bagi maksud menjaga kepntingan tanah-tanah tersebut. Yang biasa dijumpai adalah berkenaan sekatan pindahmilik atau gadaian. Wajib bagi mereka yang ingin membeli tanah @ rumah untuk membaca bahagian ini. Antara sekatan kepentingan yang biasa terdapat dalam geran tanah adalah “tanah yang tersebut tidak boleh dipindahmilik dalam tempoh 10 tahun daripada tarikh didaftarkan”. Haaa..jadi berwaspadalah kalau nak beli tanah macam ni.

Ok..kita sambung siri ke-3 pulak next time.

14 Replies to “Cara-cara Membaca Geran Tanah (Siri 2)”

    1. Hak milik sementara bermaksud dokumen tersebut belum lg yg ‘final’. Apabila sudah keluar no LOT bagi tanah tersebut, baru lah akan dikeluarkan dokumen hak milik yang ‘final’ iaitu hak milik kekal.

  1. Salam, dalam geran diatas no fail itu tiada, di geran yang lain ada tertulis nombor fail, apa perbezaanya?
    Satu lg, bagus ke beli tanah padi ni ye?

    1. Wslm. Boleh saya tahu apakah yang dimaksudkan dengan no fail tersebut? No. fail ukur ke? Kalau sudah ada no fail ukur, maksudnya pengukuran sudah dibuat, dan menunggu hak milik kekal dikeluarkan oleh pejabat tanah.

      Beli tanah padi bergantung kepada objektif ia dibeli. Sekiranya untuk pelaburan, bagi saya baik sekiranya tanah tersebut berpotensi untuk ditukar kepada status bangunan, dipecah lot dan dijual. Kena ambil kira faktor lokasi dan harga juga.

      Terima kasih.

      1. Kalau tanah status pertanian, bolehka membina rumah kediaman pada sebahagian tanah tersebut. Apa syaratsyaratnya.

  2. Assalamualaikum..tumpang tanya kalau syarat syarat nyata dalam geran tulis getah sahaja kalau nak tanam tanaman lain seperti sawit boleh ke?

    1. Waalaikumussalam. By right tidak boleh. Tuan boleh mendapatkan pengesahan lebih lanjut daripada pejabat tanah. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *