Cara Membaca Geran Tanah (Siri 1)

Kali ni saya mahu kongsi tips yang bersifat umum, sesuai untuk penjual dan pembeli hartanah.

Bagaimana kaedah-kaedah membaca geran tanah. Apa yang saya cuba kongsikan adalah ilmu asas sahaja, selebihnya terpulang kepada anda untuk dapatkan maklumat lanjut.

Kebiasaannya geran tanah mempunyai 3 muka surat.

Muka surat pertama terdapat maklumat berkenaan tanah.
Muka surat kedua maklumat berkenaan pemilik tanah.
Muka surat ketiga adalah plan akui tanah.

geran-muka-surat-1-edited
Muka Surat 1
geran-muka-surat-2-edited
Muka Surat 2
geran-muka-surat-3-edited
Muka Surat 3

Baiklah, post kali ni saya nak hurai berkenaan beberapa part dalam muka surat pertama.

Untuk mudah faham, saya bahagikan muka surat pertama kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama: tajuk.
Bahagian kedua: maklumat lokasi dan keluasan.
Bahagian ketiga: maklumat-maklumat lain.

Ini hanya pembahagian yang saya buat, tak ada dalam buku teks.

TAJUK

Tajuk geran tanah berbeza mengikut jenis pegangan hakmilik tanah.
Berikut adalah jenis-jenjis hakmilik yang biasa kita temui:
1. Geran (geran negeri)
2. Geran mukim
3. Pajakan (pajakan negeri)
4. Pajakan mukim
5. Hak milik sementara

Untuk geran & geran mukim, tanah sebegini adalah tanah yang diberi milik selama-lamya. Maksudnya tuan tanah mempunyai pegangan hakmilik ke atas tanah ini buat selama-lamanya. Dalam istilah lain yang biasa pemaju guna adalah ‘freehold’.

Manakala untuk pajakan & pajakan mukim, tanah tersebut merupakan hakmilik kerajaan negeri, akan tetapi diberi pajak kepada ‘pemilik’ yang berdaftar untuk tempoh masa tertentu. Sekiranya tempoh tersebut tamat dan tiada permohonan untuk melanjutkan tempoh pajakan, maka tanah tersebut secara automatiknya akan menjadi hakmilik kerajaan negeri. Istilah yang biasa digunakan oleh pemaju adalah ‘leasehold’.

Apa pula beza antara geran dan geran mukim? Apa beza antara pajakan dan pajakan mukim? Untuk geran & pajakan, hakmilik ini didaftar di pejabat pendaftar (di pejabat tanah dan galian – PTG),  manakala geran mukim dan pajakan mukim, hakmilik ini didaftar oleh pentadbir tanah (di pejabat tanah jajahan @ daerah).

Bagaimana pula dengan hakmilik sementara?

Hakmilik sementara ni adalah hakmilik yang dikeluarkan oleh pejabat tanah sebelum kerja-kerja pengukuran dilakukan ke atas tanah tersebut. Mudah kata, batu penanda belum tanam lagi, tapi geran sudah ada. Ukuran hanya dalam sistem dan atas kertas sahaja. Apabila siap tanam batu, maka hakmilik tetap (geran, geran mukim, pajakan, pajakan mukim) akan dikeluarkan. Biasanya tiada perubahan ukuran antara hak milik sementara dan hakmilik tetap. No lot bagi hakmilik sementara akan ditulis dgn PT, manakala untuk hakmilik tetap ditulis sebagai LOT.

Saya rasa cukup untuk perkongsian kali ni. Saya akan kupas berkenaan cara membaca maklumat tanah dalam siri 2. Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan malu untuk tinggalkan komen.

Nota: Perlukan khidmat ejen jual rumah atau tanah di Kelantan? Hubungi saya segera 013 357 3059.

63 Replies to “Cara Membaca Geran Tanah (Siri 1)”

  1. Salam Encik yang budiman,

    Bolehkah kita mengetahui coordinate lokasi tanah tu berdasarkan geran tanah? Cthnya saya nak buat carian Google Maps lokasi lot tanah tersebut. Boleh encik tunjuk ajar?

    Terima kasih

    1. Waalaikumussalam. Apa yang boleh dibuat adalah tuan gunakan website iplan.townplan.gov.my.

      Pilih guna semasa tanah @ zoning tanah. buat carian lot, masukkan details tanah tersebut. apabila dapat pelan tanah, pilih google satellite. setelah tuan dapat lihat peta yang diberikan, bandingkan secara manual dgn menggunakan google earth @ google map.

  2. Slm 1. nak thu nilai tnah sya berapa.
    berapakah luas tnah yg tuan ambil untuk lihat nilaiannya.
    2.tanah syarikat adalah 20 orang dlm geran.bhgn saya ditertentukan secara lakar sja.bhgn saya 1.133ekar(1/8bhgn).boleh saya sempadannya atau mereka kena ta
    sign baru boleh.
    Kalau boleh saya wassap kepada tuan gerannya.tk

  3. assalam tuan, saya hendak bertanya bolehkah tanah hak milik sementara dibeli, geran belum sampai lima tahun. adakah nama boleh ditukar didalam geran. untuk pengetahuan tuan tanah tersebut dirampas semula kerana tidak membuat pembayaran hasil tanah dan pemilik sudah menebus semula tanah tersebut, terima kasih.

    1. Waalaikumussalam wbt. Secara asasnya tidak ada tercatat latitud atau longitud dalam geran tanah. Tapi sekiranya ada no lot (bukan no lot PT) dan mukim, anda boleh semak melalui laman web iplan.townplan.gov.my. insyaAllah saya akan menulis satu posting berkenaan perkara ini. Boleh follow blog saya.

      1. Nak tanya, adakah rumit proses penukaran hak milik sementara kepasa hak milik kekal dan berapakah kos nya…?

        Dan apakah mengambil masa yg lama utk mendapatkan kelulusan penukaran hak milik sementara itu kepada hak milik kekal…?

        Mintak tuan tolong bantu beri penjelasan ya…

        1. Terima kasih kerana bertanya.

          Tidak rumit. Apabila jurukur sudah buat pengukuran di tanah dan sudah submit kepada jupem, selepas beberapa bulan biasanya akan dapat hak milik kekal.

          Kebiasaannya jurukur dah buat semua perkara ni, dan hakmilik kekal dah keluar. Tapi tidak dituntut di pejabat tanah. Tuan boleh call pejabat tanah untuk mendapatkan kepastian.

          1. tuan nak tanya, tak berapa jelas dgn maksud ni

            “Kebiasaannya jurukur dah buat semua perkara ni, dan hakmilik kekal dah keluar. Tapi tidak dituntut di pejabat tanah. ”

            macamana nak tahu ia nya tidak dituntut?

          2. Terima kasih krn bertanya. Boleh tanya di pejabat tanah adakah dokumen hak milik kekal sudah dikeluarkan, dan boleh diambil oleh pemilik?

  4. Tn. Safwan Salleh,
    Saya ingin bertanya, jika saya membeli tanah hak milik sementara, adakah proses untuk mendapat geran hak milik tetap rumit dan mengambil masa yang lama? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam, terima kasih krn bertanya.

      3/16 bahagian yang terdapat dalam geran tu ke? Maksudnya saya memiliki 3/16 bahagian daripada keseluruhan lot tanah ini.

  5. Sy nak tanya, adakah perlukan kos untuk tukarkan hak milik sementara ke hak milil kekal… Dan apakah prosedur dan lama lah masa utk diluluskan tu?

    1. Waalaikumussalam. Setahu saya tidak perlu kos. Prosedur dalam masa beberapa bulan.

      Tuan boleh menghubungi pejabat tanah untuk bertanya, adakah hak milik kekal sudah siap atau belum.

  6. Knp dkt ketogeri penggunaan tanah tu dia tulis “tidak dinyatakan”?? Apa mksd dia?? Sbb slalunya ada 3 ketogeri shja kn?

    1. Terima kasih kerana bertanya.

      Setahu saya, kategori penggunaan tiada – ‘tiada’ adalah tanah-tanah yang didaftarkan sebelum berkuatkuasanya kanun tanah negara (KTN).

      Tuan boleh merujuk pihak pejabat tanah untuk mendapatkan kepastian.

  7. Assalamualaikum sy nk tanya,tanah saya ada no PT, bagaimana saya nak tukar ke nombor Lot?rumah saya dah siap, sekatan ke atas tanah ialah 10 tahun

    1. Waalaikumussalam, kebiasaannya selepas mendapat no. PT, akan mendapat no Lot secara automatik selepas beberapa bulan, bergantung kepada proses yang dilakukan oleh jurukur.

      Tuan boleh bertanya lanjut kepada jurukur yang mengedalikan proses pecah lot tanah tuan tentang perkara ini.

  8. Salam encik. Mengapa di bil cukai tanah saya ditulis no. lot 80x tapi di bil cukai taksiran ditulis no.lot PT 97x? Yang saya tahu, no PT adalah untuk hakmilik sementara. Saya memang belum dapat geran mukim untuk shoplot tu jadi saya faham kenapa no PT digunakan tapi kenapa lain2? Boleh encik terangkan? Terima kasih

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih atas soalan.

      Saya tidak pasti kenapa ada perbezaan no lot di atas geran dan juga di no cukai taksiran tersebut.

      Apa yang boleh tuan/puan buat ialah membawa salinan geran dan juga bil cukai tersebut ke pejabat tanah untuk mendapatkan kepastian.

  9. Salam tuan,

    macam nak buat carian lot di iplan.townplan.gov.my jika di geran sementara hanya tulis PT dan bukan lot..

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih atas soalan.

      Tidak boleh membuat carian tepat kerana lot PT. Tuan boleh buat carian lot berdekatan (sekiranya ada dalam plan di muka surat 3 geran). Sekiranya tiada dalam plan, tuan boleh beli certified plan di JUPEM, atau plan surih di pejabat tanah untuk mengetahui nombor-nombor lot berdekatan.

  10. salam tuan,ada cara ke nak buat penilaian tanah secara online atau website tertentu?nak tahu nilaian tanah sebelum jual

    1. Bergantung kepada kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Sekiranya mendapat kelulusan dari PBt, maka tiada masalah.

  11. Assalamualaikum tuan. Mohon beri tunjuk ajar. Saya rujuk ms 3 geran tuan. Bagaimana nak kira atau naktahu ukuran lebar dan panjang tanah tersebut ( dlam ukuran kaki) . Terima kasih tuan.

    1. Waalaikumussalam.

      Mula-mula kenal pasti dahulu ukuran apa yang digunakan dalam geran tersebut.

      Kemudian conver kepada ukuran kaki. Boleh guna converter dalam internet.

      Sekiranya tidak pasti, boleh cuba whatsapp pada saya geran tersebut. 0199157971

  12. Salam tuan. Saya nak tanya berkenaan carian tanah lot. Saya ada sebidang tanah di jelebu. Tapi menjadi masalah adalah saya tak tau macamana nak cari carian tanah jiran yang tidak bernombor samada di iplan atau gis9. Saya perhatikan ada tanah yg ada lot dan ada tanah yg tidak ditandakan dengan nombor lot.

    1. Waalaikumussalam. Maaf saya pun kurang arif. Tuan mungkin boleh whatsapp kepada saya ukuran tanah tersebut. 0199157971. Terima kasih.

  13. Hi, thank you for this. Your explanation was really helpful. As you mentioned, the code for temporary title is “PT”, while permanent title is “LOT”. But I wanted to know what is does the code “LOT PT, LOT MLO, LOT LO” mean? Can I find ‘LOT PT 7053’ on iplan for example?

    1. Hi, thank you for the question. Lot PT simply means PT, which is hakmilik sementara. U cannot search for PT in iplan.townplan.com. If you really need to search for Certified Plan, it’s only available in land office for PT.

      By the way, i have no idea what is LOT MLO, LOT LO. If U don’t mind, u can whatsapp me at 0199157971.

      Thank you.

  14. Salam sejahtera tuan, tanah geran bapa saya ada no. PT beli pada tahun 1982. 4/16 bahagian. Kini bapa saya dah uzur maka tanah itu nak dijual oleh beliau sebelum apa-apa berlaku. .Bagaimana saya boleh melakukannya? Bolehkah tanah itu dijual? Terima kasih.

    1. Salam, apa yang saya faham tiada apa-apa masalah sekiranya ingin menjual bahagian bapa tuan iaitu 4/16 bahagian tersebut. Apabila ada pembeli yang sudi, boleh melalukan pindah milik seperti biasa.

  15. Salam sejahtera tuan, geran ayah saya yang ada itu PT. 4/16 bahagian miliknya. Dibeli tahun 1982 di Mukim Mentakab. Kini ayah saya tinggal di Selangor dan dah berusia 84 tahun. Kini beliau mahu menjualnya. Bagaimana cara saya boleh jual tanah itu? Saya perlu bimbingan tuan. Ribuan terima kasih saya dahulukan.

    1. Wslm. Tanah tersebut boleh dijual selagi pemilik masih hidup dan tiada apa-apa sekatan @ caveat untuk menjual tanah tersebut. Pastikan juga geran original ada di tangan ayah tuan, atau di tangan pemilik bersama yang lain, dan pastikan mereka boleh menyerahkan geran tersebut untuk tukar nama sekiranya ada pembeli. Untuk proses tukar nama, ayah tuan boleh tandatangan di pejabat tanah di Selangor, manakala pembeli boleh tandatangan di pejabat tanah di Pahang. Sebaik-baiknya tuan menggunakan khidmat lawyer apabila sudah ada pembeli, bagi memudahkan urusan dan mengelakkan penipuan.

  16. Assalamuallaikum.terima kasih ilmunya tuan.saya baru berkira2 hendak membeli satu lot tanah dengan no lot : PT+++ .Harap2 takde masalah di kemudian hari
    .

Leave a Reply to Zul Izuddin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *