Cara Membaca Geran Tanah (Siri 1)

Kali ni saya mahu kongsi tips yang bersifat umum, sesuai untuk penjual dan pembeli hartanah.

Bagaimana kaedah-kaedah membaca geran tanah. Apa yang saya cuba kongsikan adalah ilmu asas sahaja, selebihnya terpulang kepada anda untuk dapatkan maklumat lanjut.

Kebiasaannya geran tanah mempunyai 3 muka surat.

Muka surat pertama terdapat maklumat berkenaan tanah.
Muka surat kedua maklumat berkenaan pemilik tanah.
Muka surat ketiga adalah plan akui tanah.

geran-muka-surat-1-edited
Muka Surat 1
geran-muka-surat-2-edited
Muka Surat 2
geran-muka-surat-3-edited
Muka Surat 3

Baiklah, post kali ni saya nak hurai berkenaan beberapa part dalam muka surat pertama.

Untuk mudah faham, saya bahagikan muka surat pertama kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama: tajuk.
Bahagian kedua: maklumat lokasi dan keluasan.
Bahagian ketiga: maklumat-maklumat lain.

Ini hanya pembahagian yang saya buat, tak ada dalam buku teks.

TAJUK

Tajuk geran tanah berbeza mengikut jenis pegangan hakmilik tanah.
Berikut adalah jenis-jenjis hakmilik yang biasa kita temui:
1. Geran (geran negeri)
2. Geran mukim
3. Pajakan (pajakan negeri)
4. Pajakan mukim
5. Hak milik sementara

Untuk geran & geran mukim, tanah sebegini adalah tanah yang diberi milik selama-lamya. Maksudnya tuan tanah mempunyai pegangan hakmilik ke atas tanah ini buat selama-lamanya. Dalam istilah lain yang biasa pemaju guna adalah ‘freehold’.

Manakala untuk pajakan & pajakan mukim, tanah tersebut merupakan hakmilik kerajaan negeri, akan tetapi diberi pajak kepada ‘pemilik’ yang berdaftar untuk tempoh masa tertentu. Sekiranya tempoh tersebut tamat dan tiada permohonan untuk melanjutkan tempoh pajakan, maka tanah tersebut secara automatiknya akan menjadi hakmilik kerajaan negeri. Istilah yang biasa digunakan oleh pemaju adalah ‘leasehold’.

Apa pula beza antara geran dan geran mukim? Apa beza antara pajakan dan pajakan mukim? Untuk geran & pajakan, hakmilik ini didaftar di pejabat pendaftar (di pejabat tanah dan galian – PTG),  manakala geran mukim dan pajakan mukim, hakmilik ini didaftar oleh pentadbir tanah (di pejabat tanah jajahan @ daerah).

Bagaimana pula dengan hakmilik sementara?

Hakmilik sementara ni adalah hakmilik yang dikeluarkan oleh pejabat tanah sebelum kerja-kerja pengukuran dilakukan ke atas tanah tersebut. Mudah kata, batu penanda belum tanam lagi, tapi geran sudah ada. Ukuran hanya dalam sistem dan atas kertas sahaja. Apabila siap tanam batu, maka hakmilik tetap (geran, geran mukim, pajakan, pajakan mukim) akan dikeluarkan. Biasanya tiada perubahan ukuran antara hak milik sementara dan hakmilik tetap. No lot bagi hakmilik sementara akan ditulis dgn PT, manakala untuk hakmilik tetap ditulis sebagai LOT.

Saya rasa cukup untuk perkongsian kali ni. Saya akan kupas berkenaan cara membaca maklumat tanah dalam siri 2. Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan malu untuk tinggalkan komen.

Nota: Perlukan khidmat ejen jual rumah atau tanah di Kelantan? Hubungi saya segera 013 357 3059.

14 Replies to “Cara Membaca Geran Tanah (Siri 1)”

  1. Salam Encik yang budiman,

    Bolehkah kita mengetahui coordinate lokasi tanah tu berdasarkan geran tanah? Cthnya saya nak buat carian Google Maps lokasi lot tanah tersebut. Boleh encik tunjuk ajar?

    Terima kasih

    1. Waalaikumussalam. Apa yang boleh dibuat adalah tuan gunakan website iplan.townplan.gov.my.

      Pilih guna semasa tanah @ zoning tanah. buat carian lot, masukkan details tanah tersebut. apabila dapat pelan tanah, pilih google satellite. setelah tuan dapat lihat peta yang diberikan, bandingkan secara manual dgn menggunakan google earth @ google map.

  2. Slm 1. nak thu nilai tnah sya berapa.
    berapakah luas tnah yg tuan ambil untuk lihat nilaiannya.
    2.tanah syarikat adalah 20 orang dlm geran.bhgn saya ditertentukan secara lakar sja.bhgn saya 1.133ekar(1/8bhgn).boleh saya sempadannya atau mereka kena ta
    sign baru boleh.
    Kalau boleh saya wassap kepada tuan gerannya.tk

  3. assalam tuan, saya hendak bertanya bolehkah tanah hak milik sementara dibeli, geran belum sampai lima tahun. adakah nama boleh ditukar didalam geran. untuk pengetahuan tuan tanah tersebut dirampas semula kerana tidak membuat pembayaran hasil tanah dan pemilik sudah menebus semula tanah tersebut, terima kasih.

    1. Waalaikumussalam wbt. Secara asasnya tidak ada tercatat latitud atau longitud dalam geran tanah. Tapi sekiranya ada no lot (bukan no lot PT) dan mukim, anda boleh semak melalui laman web iplan.townplan.gov.my. insyaAllah saya akan menulis satu posting berkenaan perkara ini. Boleh follow blog saya.

  4. Tn. Safwan Salleh,
    Saya ingin bertanya, jika saya membeli tanah hak milik sementara, adakah proses untuk mendapat geran hak milik tetap rumit dan mengambil masa yang lama? Terima kasih.

Leave a Reply to ZAINAL AHMAD Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *