Apakah kos yang perlu ditanggung untuk membeli rumah?

Penting bagi setiap pembeli rumah untuk mengetahui apa kos yang perlu dibayar secara tunai untuk membeli sesebuah rumah. Ramai yang menyangka dia tak perlu menanggung apa-apa kos melainkan sejumlah deposit sahaja, tapi sebenarnya tidak.

Sebenarnya kos-kos pembelian rumah berbeza mengikut jenis hartanah yang dibeli. Rumah baru, rumah second hand (subsale), dan rumah lelong masing-masing mempunyai kos-kos tersendiri.

Rumah baru 

Sekiranya rumah ini dibeli dari pemaju besar, kebiasaannya pembeli hanya perlu membayar jumlah deposit yang kecil. Contohnya Rm 3000. Manakala untuk kos guaman pula bergantung kepada pemaju. Ada pakej di mana harga rumah disertakan sekali dengan kos guaman. Ada pemaju yang tanggung separuh sahaja kos guaman, separuh lagi ditanggung oleh pembeli. Ada pemaju yang ‘kedekut’ (jangan marah…hehe), keseluruhan kos guaman ditanggung oleh pembeli.

Jadi, kebanyakan rumah baru daripada pemaju, pembeli hanya menaggung kos deposit sahaja.

Rumah subsale (second hand)

Yang ni banyak kosnya. Sebab tu apabila pembeli menghubungi saya bertanya berapa kos yang perlu dibayar tunai, ramai yang terkejut sebab kosnya agak banyak. Saya katakan perkara tersebut adalah biasa, cuma awak saja yang tak biasa dengar. Itu la..nak beli rumah, tapi tak nak belajar dulu. Beli rumah bukanlah semudah beli bawang kat pasar.

Jadi kos-kos yang perlu ditanggung adalah:

  1. Deposit. Kebiasaannya adalah 10%. 3% dibayar sebagai tanda jadi membeli rumah tersebut. Bayar sebelum sign agreement jual beli. Baki 7% dibayar apabila sudah sign agreement.
  2. Kos guaman. Kebiasaanya ditanggung sepenuhnya oleh pembeli. Dah awak yang nk beli rumah tu, kenapa pula penjual kena tanggung? Penjual rumah subsale adalah individu, bukannya syarikat pemaju…mana la ada duit nak tanggung semua tu. Kalau dia ada duit pun, buat apa dia bayar kos peguam, sedangkan peguam tu dibayar untuk mewakili pembeli.Perlu diingat, kos peguam berbeza untuk jenis pembelian. Sekiranya pembelian rumah secara tunai, kosnya lebih murah sebab hanya perlu buat perjanjian jual beli dan pindah milik sahaja. Sekiranya pembelian dengan menggunakan loan kerajaan atau bank, maka kosnya lebih tinggi sebab ada loan agreement. Biasanya kos loan agreement untuk pinjaman kerajaan lebih rendah daripada loan agreement pinjaman bank.
  3. Kos penilaian. Yang ni ramai pembeli terlepas pandang. Bagi pembelian rumah dengan loan bank, bank memerlukan laporan penilaian lengkap berkenaan rumah tersebut daripada syarikat panel penilai bank. Kos laporan penilaian ni perlu ditanggung oleh pembeli. Selagi mana tak bayar kepada penilai, selagi tu la bank tak akan release duit kepada penjual. Dan selagi itu lah anda selaku pembeli takkan dapat anak kunci rumah tersebut. Haha.

Rumah lelong. 

Yang ni kena hurai dalam post lain, tapi secara ringkasnya ada beberapa kos yang perlu ditanggung:

  1. 10% deposit dalam bentuk bankdraf. Perlu dibawa masa hari lelongan. Kalau tak ada 10% deposit, jawabnya tak layak untuk masuk lelong. Boleh balik.
  2. Sekiranya menang bidaan, kos penyediaan kontrak jualan yang perlu dibayar kepada pelelong. Kalau di Kelantan, kebiasaannya Rm 500.
  3. Kos pindah milik. Yang ni selepas pembayaran penuh dibuat.
  4. Kos penilaian & peguam, sekiranya anda ingin memohon loan bank.
  5. GST jangan lupa ooiKalau hartanah jenis komersil.

Saya harap post yang ringkas ni dapat membantu pembaca untuk buat anggaran berapa duit perlu ada dalam poket sebelum membeli rumah idaman. Perlu diingat, deposit, kos peguam dan kos penilaian adalah berbeza mengikut harga dan nilai rumah tersebut. Makin mahal rumah tu, makin tinggilah kosnya.

Sebelum setuju untuk beli rumah, sila tanya ejen anda secara detail berapa kos yang perlu dibayar, supaya tiada masalah di tengah-tengah jalan. Jangan tuduh penjual atau ejen atau lawyer nak aniaya anda pula, sebab ia adalah tanggungjawab anda untuk study dulu benda ni sebelum beli rumah. Apa-apapun keputusan di tangan anda, kalau rasa tak mampu untuk beli rumah, tangguh dahulu. Simpan duit, buat perancangan rapi, set target, kemudian barulah take action!

Ada nak jual rumah atau tanah di Kelantan? Hubungi saya segera 013 357 3059. 

6 Replies to “Apakah kos yang perlu ditanggung untuk membeli rumah?”

  1. Salam tuan,nak tanya.. untuk rumah sub-sale,saya guna satu lawyer, tapi kenapa lawyer kata ada bahagian yang owner perlu tanggung dan ada bahagian yg pembeli perlu tanggug..? macam yang tuan katakan di dalam artikal di atas, pembeli yang tanggung kos lawyer 100%. jadi ada sedikit kekeliruan disini.
    sekadar bertanya. t.kasih

    1. Terima kasih kerana menjadi pembaca blog saya.

      Untuk makluman, ada juga kos yang penjual kena tanggung seperti pelepasan gadaian.

      Apa yang ditulis oleh saya adalah, KEBIASAANNYA pembeli tanggung 100% berkenaan urusan pembeli sahaj. Adapun urusan penjual, hendaklah ditanggung oleh penjual.

      Harap boleh membantu.

      1. Salam..en Safwan..saya Mohd Nur Aiman ingin menjual rumah saya di machang, Kelantan. MCM BN mana cara menjual rumah saya..TQ

  2. Assalamualaikum tuan.
    Saya nak bertanya..
    Saya bercadang untuk membeli rumah subsale menggunakan loan kerajaan iaitu lpssa..
    Biasanya berapa kos yang perlu saya bayar untuk pegawai penilai ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *