Tanah Kelantan untuk Orang Kelantan

Ramai orang bertanya tentang isu ini. Adakah hanya orang Kelantan yang boleh memiliki hartanah di Kelantan? Secara umum, jawapannya adalah ‘Ya’. Ini kerana berpandukan Enakmen Tanah Kelantan tahun 1938 yang menyatakan bahawa ‘anak Kelantan (native of Kelantan) sahaja yang boleh memilik tanah di Kelantan.

Definisi anak Kelantan terbahagi kepada 5:
a) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya adalah Melayu
b) sesiapa yang lahir di Kelantan yang ibunya adalah Melayu dan bapa adalah Muslim
c) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang bapanya adalah Melayu yang lahir di Kelantan.
d) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang ibubapanya adalah Melayu dan telah menetap sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
e) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya juga lahir di Kelantan.

Jadi sekiranya anda bukan orang Kelantan, tapi bapa anda orang Melayu Kelantan, ataupun orang Melayu dan sudah menetap di Kelantan melebihi 15 tahun, ada harapan untuk anda memiliki tanah di Kelantan.

Namun sekatan ini bukannya perkara yang mutlak. Anda masih boleh memohon daripada pihak berkuasa negeri untuk memilik tanah di Kelantan, cuma prosesnya mengambil masa yang lama dan tiada jaminan bahawa mendapat kelulusan sekiranya tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Masalah yang berlaku tentang pemilikan tanah di Kelantan adalah jikalau anda orang luar Kelantan ingin membeli rumah di Kelantan dengan menggunakan pinjaman daripada bank mahupun kerajaan, anda perlu menggadaikan tanah tersebut kepada institusi tersebut terlebih dahulu. Untuk membolehkan proses gadaian berlaku, perlulah dilakukan pindahmilik dahulu. Proses pindahmilik tidak boleh berlaku sekiranya anda bukan orang Kelantan.

Tetapi ada penyelasaiannya sekiranya anda berkahwin dengan orang Kelantan. Ketika ingin membeli rumah, pindahmilik kepada isteri / suami anda yang mana orang Kelantan, kemudian digadaikan kepada bank atas nama bersama. Risikonya adalah nama pasangan anda seorang sahaja yang tercatat dalam geran, walaupun anda berdua saling berkongsi bayar untuk rumah tersebut =)

39 Replies to “Tanah Kelantan untuk Orang Kelantan”

  1. Ramai rakyat kelantan yang membeli rumah dan tanah di Johor.Kalau saya orang Johor tidak boleh beli rumah dan tanah di Kelantan, maksudnya rakyat Kelantan sepatutnya boleh disekat daripada memiliki rumah dan tanah di Johor, Setuju tak, Safwan Salleh.

      1. Boleh. Kena kemukakan bukti bahawa ibu/bapa/datuk/nenek rakyat Negeri Kelantan.

        Contoh:

        Ayah & ibu saya Kelantanese. Isteri saya Pahang. Anak saya k/p 06. Tanah saya didaftar atas nama ayah saya. Saya pindah milik terus dari ayah saya kepada anak saya. Saya kemukakan bukti sijil lahir saya dan sijil lahir anak saya. Tiada masaalah.

  2. Bagaimana nak mohon kelulusan exco untuk membeli hartanah di kelantan. Apa borang yang perlu diisi. Saya lahir luar kelantan, bapa bukan orang kelantan, tetapi mak saya orang kelantan. Saya telah berpindah ke kelantan sejak 1978 dan bersekolah di maahad muhammadi. Cuma bekerja di luar kelantan. Cadangannya selepas pencen nak balik tinggal di kelantan. Saya ada tanah pesaka arwah mak di kelantan, tetapi tidak memadai utk buat rumah sbb sempit kerana berkongsi dengan adik beradik yang lain. Tiga orang kakak saya makayah kelantan.

    1. Terima kasih krn bertanya. Tuan boleh terus ke pejabat tanah utk bertanya lebih lanjut.

      Sekadar untuk maklumat ringkas, untuk permohonan exco, tanah yang tuan nk beli atau tuan nk miliki itu mestilah sudah ada. Kerana masa memohon exco, kena isi detail berkenaan tanah tersebut.

      Prosesnya tidaklah rumit. Cuma tempoh masa menunggu kelulusan agak lama.

  3. salam tuan. saya kurang faham dengan perenggan terakhir. Isteri saya org Kelantan. kami telah membeli tanah lot atas nama isteri. Masalah sekarang adalah mengenai permohonan pinjaman untuk membina rumah. Hanya saya yang boleh memohon pinjaman untuk membina rumah di tanah berkenaan. Tetapi, tanah tersebut atas nama isteri. Apa yang perlu saya lakukan?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih krn bertanya. Tuan kena kenalpasti kenapa isteri puan tidak boleh memohon pembiayaan / pinjaman tersebut. Adakah disebabkan masalah kelayakan, atau ada sebab lain? Tanah tersebut dibeli dengan menggunakan pembiayaan / pinjaman atau secara cash?

  4. Salam tuan nak tanya, saya orang kelantan tapi isteri bukan orang Kelantan. Kalau nak beli tanah atas nama isteri boleh ke? Belian secara pinjaman.. Ape prosedur dan dokumen yang diperlukan? Terima kasih

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya.

      Boleh beli, tetapi hanya nama isteri didaftarkan dalam hakmilik tanah tersebut.

      Sekiranya tuan ingin memohon pinjaman bersama, perlu merujuk pihak bank, adakah bank membenarkan ‘3rd party charge’. Dahulu ada bank yang benarkan, sekarang saya tidak pasti.

  5. Salam en Safwan.
    Bapa saya (Org Melayu Lahir Kelantan) ada tanah atas nama beliau 50% dan saya (Org Melayu Lahir Overseas) plan nak beli yang sebelah lagi 50% atas pinjaman bank. Plan nanti geran tanah tersebut hanya ada 2 nama, saya dan bapa saya. Kalau macam nie lama ke proses nya? Dan kalau en Safwan bole recommend lawyer di KB yang baik untuk urusan jual beli ini. Terima kasih. Wassalam

    1. Terima kasih atas soalan.

      Sekiranya ayah merupakan anak kelantan, dan anak merupakan warganegara Malaysia, apa yang saya tahu tiada masalah untuk membeli tanah tersebut. Hanya perlu buktikan dengan menyertakan salinan ic ayah, surat beranak anak, dan ic anak.

      Tuan boleh hubungi saya 0199157971. Terima kasih.

  6. Salam Tuan, saya bukan orang kelantan, isteri saya orang kelantan. saya nak beli tanah untuk buat rumah. boleh tak saya beli dengan pinjaman atas diri saya.. sebab isteri saya tidak bekerja

    1. Waalaikumussalam. Dalam kes ini, bergantung kepada pihak bank adakah boleh meluluskan loan kepada pihak tuan. Tanah tersebut hanya didaftarkan ke atas nama isteri tuan sahaja.

  7. Berdasarkan syarat-syarat tersebut:
    – Sebagai orang Cina yang lahir di Kelantan, saya tidak layak membeli tanah kerana bapa saya tidak lahir di Kelantan.
    – Namun demikian, saya telah memeluk agama Islam dan kahwin perempuan Melayu (bukan anak Kelantan) dan dikurniakan seorang anak yang lahir di Kelantan. Jadi – anak saya layak membeli tanah kerana ibunya Melayu dan bapanya Muslim. (Juga layak kerana anak saya lahir di Kelantan, dan bapanya lahir di Kelantan.)

    Saya pernah mengiringi seorang professor India Muslim (dari India) yang telah lama berkhidmat di HUSM Kubang Kerian ke Pejabat Tanah kerana beliau ingin membeli rumah di Kelantan. Namun demikian, permohonannya ditolak dan akhirnya beliau berpindah keluar dari Kelantan.

    1. Terima kasih atas komentar.

      Untuk kes anak tuan agak unik. Tuan perlu merujuk kepada peguam dan pejabat tanah sebelum membuat apa-apa pembelian.

      Terima kasih.

  8. Saya IC, mmbesar sglanya di kelantan.. tapi sy ad masalah bila nk beli rumah dan tanah di kelantan… Ayah saya cina mualaf dan ic kedah, jadi nak beli tanah/rumah di kelantan kena open file exco. Exco file minima ambil masa 6 bulan kena tunggu kelulusan.. jadi bila jadi kes begini, 95% pemaju xnak jual kpd orng cm sy… Sbb exco file.. persoalannya betul ke kena open exco file dan kenapa? Sbb y nak beli saya bukan bapak sy..

    1. Terima kasih atas soalan.

      Berdasarkan apa yang diberitahu oleh tuan, perlu mendapat kelulusan exco sebab tuan dikira berketurunan Cina, jadi perlu mendapat kelulusan exco untuk membeli tanah rezab melayu.

      Apapun tuan perlu merujuk kepada ejen & peguam tuan.

  9. Salam. Saya berminat utk membeli tanah di Kelantan, tetapi saya tidak mempunyai kriteria yang ditetapkan. Soalan nya, boleh ke membeli tanah di Kelantan dengan menggunakan syarikat? Sekian. Terima kasih.

  10. Salam tuan..arwah ibu saya orang kelantan tetapi saya lahir di terengganu..masalah saya ialah tanah pusaka arwah ibu saya ada penama lain iaitu pakcik saya..saya telah membayar bahagian pakcik saya untuk ditukar nama kepada saya kerana bahagian ibu saya diberi kepada saya..pejabat tanah bachok memberitahu bahawa saya tidak boleh membeli bahagian pakcik saya tersebut atas sebab saya anak terengganu..boleh minta pendapat tuan

    1. Waalaikumussalam. terima kasih krn bertanya. Hanya anak kelantan yang boleh memiliki tanah di Kelantan. Sekiranya ayah tuan anak Kelantan, maka boleh beli tanah tersebut. Apa yang boleh dibuat adalah tuan memohon kelulusan exco, dan pada masa sama buat caveat & pemegang kuasa ke atas tanah tersebut bagi tujuan ‘security’.

  11. Assalamualaikum

    mohon penjelasan, saya orang luar, isteri sy dan anak2 lahir di Kelantan. saya nak beli rumah tapi loan atas nama saya. Isteri x boleh buat loan sebab tidak bekerja. Ada cara2 tak untuk beli rumah di kelantan?

    1. Waalaikumussalam. Tuan boleh cuba survey beberapa bank yang benarkan 3rd party charge, iaitu nama tanah di atas nama isteri, tetapi loan atas nama suami. Saya tidak pasti sekarang ini bank mana yang masih memberi kelonggaran sebegini.

  12. Tanah Nama Isteri saya (anak semua perempuan ,bagi mengelakkan Pak sedara sapu bersih ambil)
    Soalannya :kalau nak letak Nama pewaris Pada geran tanah ,adakah Ada dalam peruntukkan kanun tanah Kelantan. Selepas pemilik meninggal terus boleh Kepada pewaris.
    (Banyak Kes jumpa Dan dengar Pak sedara tuntut hak kerana waris semua perempuan)

    1. Cadangan saya, tuan boleh menggunakan khidmat perunding harta pusaka. Tetapi pastikan tuan buat urusan sebelum pemilik tanah meninggal.

      Tuan boleh juga pindah milik kepada nama anak-anak siap2.

  13. Aslkm tuan
    Isteri saya ada sebidang tanah di kelantan. Saya bukan orang kelantan. Bolehkah saya memohon pinjaman lppsa untuk membina rumah atas tanah isteri saya.

    1. Waalaikumussalam. Setahu saya nama tuan perlu berada dalam geran juga untuk memastikan boleh dicagar kepada LPPSA.

  14. Salam sejahtera, tuan. ingin bertanya, saya anak kelantan, ibu kelantan tapi ayah bukan kelantan. Kami bukan melayu. bolehkah saya nak beli tanah di kelantan?
    adakah akan menjadi sangat rumit? terima kasih.

    1. Agak susah memandangkan tuan baru 1st generation anak Kelantan. Untuk bukan melayu, perlu menjadi 2nd generation barulah boleh membeli tanah bukan malay reserve di Kelantan. Walau bagaimanapun, tuan boleh memohon kebenaran exco untuk membeli tanah di sini, memandangkan ibu tuan orang Kelantan. Sekiranya tanah tersebut bukan malay reserve, saya rasa besar kemungkinan permohonan tuan diluluskan.

  15. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…tuan!
    Saya anak kelahiran Selangor tp kedua org tua saya kelahiran Kelantan & menetap di Kelantan hingga ini.
    Isunya adalah kerana ayah saya ingin menyerahkan (menjualkan) sebahagian tanah tersebut kpd saya dgn harga kasih sayang. Sebahagian lagi kpd adik lelaki saya yg lahir di Kelantan.
    Bolehkah saya mendpt permilikan penuh (mutlak) ke atas tanah tersebut?
    Saya ingin membuat rumah di atas tanah tersebut!
    Mohon pencerahan….tuan!
    Sekian, terima kasih.

    1. Waalaikumussalam wbt.

      Kalau ayah tuan kelahiran kelantan (ic 03), maka sepatutnya tuan boleh memiliki tanah tu secara sah.

  16. Assalam tuan, sy mohon betnya.

    Isteri sy org kelantan dan telah meninggal dunia..Sy pula bkn org kelantan…Kami telah menetap di Selangor…Boleh ke tanah di kelantan atas nama isteri di pindah milik kepada nama anak yang lahir di Selangor?…trima kasih

    1. Waalaikumussalam. Kalau tanah pusaka boleh dipindah milik kepada anak, walaupun anak bukan kelahiran Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *