Layman’s term bagi kedua-kedua perkara ni adalah ‘ppecoh lot’ (kata orang Kelantan).
Contoh paling mudah untuk menerangkan dua situasi ni adalah seperti berikut.
1. Pecah sempadan
Contoh 1: Timah ada tanah 1 ekar. Timah ada anak 5 orang. Lalu dipecah sempadan tanah beliau kepada 5 lot banglo. Timah masih merupakan pemilik kepada 5 lot tersebut. Kemudian diberi hadiah setiap lot kepada setiap seorang anak beliau.
Contoh 2: Timah dan Ahmad ada tanah 1 ekar (hak milik bersama). Lalu dipecah sempadan kepada 5 lot banglo. Maka kelima-lima lot banglo masih di bawah nama Timah dan Ahmad.
2. Pecah bahagian.
Abu dan Ali merupakan pemilik kepada 2 ekar tanah. Masing-masing mempunyai 1/2 bahagian. Lalu dipecahkan bahagian supaya masing-masing mempunyai hak milik berasingan, 1 ekar seorang.
Pecah sempadan mengikut KTN (Kanun Tanah Negara) ialah sub-division of land. Pecah bahagian pula merupakan partition of land.
Gambar rajah dipetik dari jurukurtanah.blogspot.com
slm …ada syarat keluasan minimum x utk buat pecah bahagian ? sy mewarisi tanah pusaka bersama 2 abg . setiap tanah ada 3 nama …sy bercadang nak keluar dari pakatan utk mudahkan urusan jual beli . sy adalah pemilik majoriti …memegang hak 1/2 d atas setiap tanah tersebut .
Salam kalau timah meninggal…adakah secara auto menjadi milik timah semua atau kna bagi pesaka?(yg pecah sempadan)mohon pencerahan tkasih..
Waalaikumussalam. Maksud tuan Timah meninggal semasa proses pecah sempadan?
Macam salah je.yg saya tau pecah bahagian adalah partition.Try rujuk yg ni ;
http://dbd.penang.gov.my/index.php/ms/zoo/pengurusan-tanah/2-uncategorised/129-pecah-bahagian
Pecah bahagian ,masih dalam satu lot
Yg sama
Pecah bahagian akan keluar hakmilik berlainan.
Pecah bahagian tak ada simpanan jalan ke tuan..
Bergantung kepada ketetapan pejabat tanah @ pbt masing2. Perlu rujuk mereka.