Jangan Keliru Antara Pecah Sempadan & Pecah Bahagian.

Layman’s term bagi kedua-kedua perkara ni adalah ‘ppecoh lot’ (kata orang Kelantan).

Contoh paling mudah untuk menerangkan dua situasi ni adalah seperti berikut.

1. Pecah sempadan

Contoh 1: Timah ada tanah 1 ekar. Timah ada anak 5 orang. Lalu dipecah sempadan tanah beliau kepada 5 lot banglo. Timah masih merupakan pemilik kepada 5 lot tersebut. Kemudian diberi hadiah setiap lot kepada setiap seorang anak beliau.

Contoh 2: Timah dan Ahmad ada tanah 1 ekar (hak milik bersama). Lalu dipecah sempadan kepada 5 lot banglo. Maka kelima-lima lot banglo masih di bawah nama Timah dan Ahmad.

2. Pecah bahagian.

Abu dan Ali merupakan pemilik kepada 2 ekar tanah. Masing-masing mempunyai 1/2 bahagian. Lalu dipecahkan bahagian supaya masing-masing mempunyai hak milik berasingan, 1 ekar seorang.

Pecah sempadan mengikut KTN (Kanun Tanah Negara) ialah sub-division of land. Pecah bahagian pula merupakan partition of land.

Snap1378

Snap1379

Gambar rajah dipetik dari jurukurtanah.blogspot.com

6 Replies to “Jangan Keliru Antara Pecah Sempadan & Pecah Bahagian.”

  1. slm …ada syarat keluasan minimum x utk buat pecah bahagian ? sy mewarisi tanah pusaka bersama 2 abg . setiap tanah ada 3 nama …sy bercadang nak keluar dari pakatan utk mudahkan urusan jual beli . sy adalah pemilik majoriti …memegang hak 1/2 d atas setiap tanah tersebut .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *