Tersebut alkisah di sebuah kampung di Kelantan, ada seorang jejaka berduit ingin membeli sebuah banglo. Tengok pada lokasi dan paras rupa banglo tersebut, harganya boleh dikatakan bawah market value. Harga yang ditawarkan Rm 290k sahaja.
Apa lagi, booking dibayar, proceed dengan loan bank dan S&P. Rumah below market value, mestilah dibuat markup loan.
Dapat pembiayaan penuh.
Gembira hati jejaka ini. Rumah masih elok, ditambah dengan perabot sedia ada dan 3 biji aircond. Cuma perlu cuci-cuci dan repair kerosakan kecil saja.
Sebenarnya beliau dapat maklumat berkenaan rumah ni daripada orang tengah. Orang inilah yang menguruskan urusan jual beli. Dia juga berjanji untuk tolong selesaikan kerosakan rumah tersebut. Katanya akan dicari tukang rumah. Kebetulan jejaka ini seorang yang sibuk bekerja, lalu diserahkan kunci dan duit Rm 5000 untuk urusan tersebut.
Lepas seminggu tak dengar khabar.
2,3 minggu pun sama. Benda yang suruh dibuat…tak siap-siap.
Apabila jejaka ni datang ke rumah untuk tengok keadaan, terkejut beliau. 2 biji aircond lesap. Angkat telefon terus call lelaki tersebut. Janji mesti ditepati, kata nak repair rumah, tapi x siap2. Duit dah ambil, aircond pulak lesap. Yang peliknya, sebelum ni rumah x berpenghuni berbulan-bulan lamanya, x ada orang pecah masuk pulak. Bila sahaja dia beli rumah ni, terus jadi begini.
Orang tengah ni dengan relaks nya memberi jaminan dia akan uruskan benda ni. Dia akan gantikan aircond baru, sebab dia yang sepatutnya bertanggungjawab. Cuma bagi sedikit masa.
Lepas berbulan-bulan, tiada khabar baik diterima.
Masuk bulan Disember, banjir melanda. Rumah bersepah akibat banjir. Bila banjir dah ok sikit, sekali lagi dihubungi si lelaki tersebut. Kali ni tuan rumah mahukan kunci rumah untuk bersihkan sendiri. Lalu berbagai alasan diberi, katanya kunci masih ada dengan tukang baiki rumah, bila call tukang x dijawab. Berkali-kali call balik untuk settlekan urusan, tetap x jadi.
Akibat bengang dengan keadaan tersebut, terpaksa tuan rumah pecahkan rumah sendiri. Kali ni tuan rumah ambil inisiatif untuk cuci sendiri rumah tersebut. Kemudian upah tukang baru yang boleh dipercayai untuk repair semua yang rosak. Nasib baik dapat pampasan insuran Rm 7000.
Si lelaki tadi pula, entah lesap ke mana bersama-sama duit 5000. Yang tinggal hanya bisnes card beliau di tangan jejaka ni.
Beliau pun mengaku silap beliau iaitu berurusan dengan orang tengah tanpa sebarang dokumentasi. Nasib baik hanya 5k, bukan 50k.
Nak berurusan dengan orang tengah kena pastikan kejujuran & sejauh mana professional mereka buat kerja. Tak kira broker atau perunding @ ejen berdaftar, sama sahaja. Kadang-kadang, ada juga ejen yang mengambil kesempatan ke atas pembeli. Cuma kelebihannya si pembeli boleh trace balik siapa ejen tersebut dan buat report kepada lembaga hartanah. Yang paling penting di sini, kena ada black & white untuk sebarang urusan. Pastikan jangan membayar apa-apa melainkan anda dapat resit ataupun ada agreement.
Kisah ni saya olah daripada pengalaman kawan saya. Ada bahagian yang sudah di’edit’. Terima kasih kerana sudi membaca.