Rumah bagaimana yang ingin dibeli?

Real-Estate-marketApabila ingin membeli rumah, penting untuk kita tahu rumah bagaimana rumah yang ingin dibeli. Selain jenis rumah yang perlu dititik beratkan; teres, banglo, apartment, condominium, mesti diketahui rumah bagaimana yang ingin dibeli?

Secara asasnya saya pecahkan kepada 3 kategori, iaitu rumah baru (new unit), rumah subsale (rumah second hand), rumah lelong.

1. Rumah baru (New unit).

Boleh dibahagikan kepada dua. Rumah siap biasanya harga lebih tinggi berbanding rumah belum siap. Kelebihannya tiada risiko projek terbengkalai. Kalau anda beli rumah belum siap (under construction) daripada pemaju, risiko untuk projek terbangkalai itu ada. Sebab itulah seeloknya beli daripada pemaju yang sudah established, dan mempunyai rekod yang baik. Lebih-lebih lagi ketika krisis ekonomi seperti sekarang.

Kalau anda seorang investor, tempoh menunggu rumah ini siap merupakan tempoh mencabar kesabaran anda. Kalau projek delay…lagi laa.

2. Rumah subsale (second hand). 

Saya secara peribadi lebih sukakan rumah jenis ini. Rumah sudah siap, kadang-kadang ada yang sudah renovated dan perabot tersedia. Tiada risiko projek terbengkalai seperti rumah baru. Akan tetapi kos permulaannya agak tinggi, sebab anda kena sediakan deposit 10 % dan kos guaman lebih kurang 5 %. Katakan ingin membeli rumah bernilai Rm 300 000, fulus di tangan kena tersedia lebih kurang Rm 45 000.

Yer, kalau buat pinjaman kerajaan anda akan berpeluang untuk dapat full loan.

Bagaimana dengan markup loan? Yang itu kita bincang kemudian..insyaA
llah.

3. Rumah lelong. 

Yang ni memang menarik, dan ia biasa menjadi target investors. Melalui lelong, anda mampu membeli rumah yang masih baik dengan harga below market value (kalau anda bernasib baik). Kebiasaan investor akan membeli rumah lelong, renovate dan kemudian jual dengan harga market value. Kemudian hasil keuntungan digunakan untuk ulang, dan ulang lagi. Ada juga yang bagi sewa untuk dapat positif cashflow.

Tiada benda yang sempurna. Masalah dengan rumah lelong ialah, kalau rumah tersebut berkunci, anda tidak dapat mengetahui bagaimana keadaan dalam rumah. Ada juga rumah lelong yang masih berpenghuni dan tuannya berkeras untuk tidak berpindah.

Banyak juga persediaan diperlukan sebelum bidding untuk rumah lelong. Jangan main rembat sahaja. Tengok dulu dari luar, bagaimana rupa rumah tersebut. Dapatkan pengisytiharan jualan, buat cabutan hak milik di pejabat tanah. Perhatikan ada caveat atau tidak. Check bangunan tersebut ada CF atau tidak. Bandingkan reserved price dengan market value, adakah berbaloi untuk dibeli? Pendek kata, kena study dulu baru bertindak.

Sebelum membeli rumah, anda perlu tahu posisi dan strategi anda.
Posisi anda selaku investor atau pembeli untuk diri sendiri? Investor pun banyak caranya, sama ada ada suka flipping atau buy & hold?
Strategi pula bergantung kepada kemampuan. New unit, subsale atau lelong masing-masing ada pros and cons, ukurlah baju di badan sendiri.

Mohon komen di ruangan bawah ye, terima kasih 🙂

Advertisements

2 thoughts on “Rumah bagaimana yang ingin dibeli?

  1. Tuan, macam mana kalau rumah subsale tu pernah buat renovation tapi tak dapatkan approval dari majlis. Rumah tersebut pernah kena saman dengan pihak majlis dan sudah membayar saman tersebut. Cuma nya apabila lawyer saya mintak bukti approval itu dari pemilik, pemilik tidak mahu memberikan bukti approval tersebut. Apa yg boleh saya lakukan sebagai pembeli? Sebab sekarang proses pembelian masih tergantung di situ(masih dalam draf snp).

    Harap dapat berikan nasihat dan pandangan.

    Like

    1. Apa yang saya tahu, dapatkan resit pembayaran saman daripada pemilik tu. Kalau pemilik mmg x simpan apa2 dokumen, pergi majlis perbandaran, cuba korek balik file kes ni. Beri alamat ataupun maklumat2 yang berkaitan berkenaan rumah tu. Harap2nya pihak majlis bagi kerjasama. Gud luck

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s