Senarai syarikat ejen hartanah yang berdaftar di Kelantan dan Terengganu.

Di Kelantan dan Terengganu, kebanyakan urusan jual beli hartanah diuruskan oleh tuan rumah sendiri, ataupun melalui orang tengah.

Untuk pengetahuan anda, anda boleh melantik ejen yang berdaftar untuk menguruskan jual beli hartanah anda. Mereka ini bekerja di bawah syarikat hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Lembaga ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia.

Anda juga perlu bezakan syarikat pemaju perumahan dengan syarikat ejen hartanah. Syarikat pemaju perumahan berdaftar di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Berikut saya senaraikan syarikat ejen berdaftar di Kelantan dan Terengganu.

Kelantan: 

  1. Allied Group Property Consultant (Kelantan) Sdn Bhd
  2. Azami & Co Sdn Bhd
  3. C H Williams Talhar & Wong Sdn. Bhd.
  4. Hartanah Hadi.
  5. Henry Butcher Malaysia Sdn. Bhd.
  6. Intra Harta Consultants Sdn. Bhd.
  7. IPC Island Property Consultants Sdn. Bhd.
  8. IPC Property Management Sdn. Bhd.
  9. IPC Realty Sdn. Bhd.
  10. Mohd Nor & Partners (KB) Sdn. Bhd.
  11. Nasir, Sabaruddin & Associates.
  12. Nilai Harta Consultant Sdn. Bhd.
  13. Rahim & Co International Sdn. Bhd.
  14. WTW Real Estate Sdn. Bhd.

Terengganu:

  1. Azmi & Co Sdn. Bhd.
  2. Azmi & Co. (Estate Agency) Sdn. Bhd.
  3. C C Khor Real Estate Agency
  4. C H Williams Talhar & Wong Sdn. Bhd.
  5. Henry Butcher Malaysia (Terengganu) Sdn. Bhd.
  6. Mitra Valuers & Property Consultants Sdn. Bhd.
  7. Mohd Nor & Partners (KT) Sdn. Bhd.
  8. Proharta Consultancy Sdn. Bhd.
  9. Rahim & Co International Sdn. Bhd. (Kuala Terengganu)
  10. Rahim & Co International Sdn. Bhd. (Kemaman)
  11. WTW Real Estate Sdn. Bhd.

Kalau diperhatikan, kebanyakan syarikat-syarikat tersebut berdaftar selaku syarikat penilaian hartanah. Ya, kerana syarikat penilaian hartanah automatik akan mendapat 3 jenis lesen, iaitu penilaian, management, dan juga ejen hartanah.

Komen anda sangat dihargai di ruangan bawah, terima kasih.

Advertisements

21 thoughts on “Senarai syarikat ejen hartanah yang berdaftar di Kelantan dan Terengganu.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Secara ringkasnya, untuk menjadi ejen hartanah berdaftar, anda perlu attach dengan mana-mana syarikat yang mempunyai lesen. Kalau bergerak berseorangan..tidak dikira berdaftar. Itu namanya broker. Jikalau anda ingin menjadi REN (real estate negotiator), anda perlu menghadiri kursusnya kemudian perlu berdaftar di bawah mana-mana syarikat yang mempunyai lesen REA (real estate agent). Jika anda ingin menjadi REA (real estate agent), anda perlu mengambil kursusnya di universiti selama x silap saya 2 tahun, ataupun mengambil peperiksaannya yg menelan kos dalam rm8000. Kemudian anda perlu buat Probitionary Estate Agent dulu, ada interview etc…last skali baru dpt lesen. Bila dah dapat lesen baru boleh tubuh syarikat sendiri.

      Like

    1. Waalaikumussalam. Sebenarnya di Kelantan masih banyak kekosongan. Kerjaya REN di sini pun baru sahaja nk bercambah. Dipersilakan call saya 013 357 3059 untuk mengetahui dgn lebih lanjut.

      Like

  1. Salam, sy berminat menjadi ejen hartanah, sekarang tinggal di Kuala Terengganu. Saya tiada apa2 pengalaman dalam bidang hartanah. Pada pendapat tuan, macam mana langkah untuk sy bermula? Apa syarikat di Terengganu yang menyediakan khidmat latihan dan mentor? terima ksih.

    Like

  2. Salam..saya ada tanah kat kota bharu untuk dijual..boleh tak en membantu saya dr start jualan smpai akhir. Dan berape % en amik yea dr hasil jualan??
    Dan ada x cost2 lain? Boleh senaraikan kos nye??

    Like

  3. Salam tuan: saya telah daftar syarikat diSSM , sebagai pemasaran rumah dan LOT tanah utk memudahkan penjual dan pembeli.
    Soalan saya apakah lesen2 lain lg yg perlu?
    2- bolehkah tuan senaraikan syarikat perumahan utk saya berkerjasama?

    Like

    1. Waalaikumussalam, untuk menjadi agensi hartanah yang berdaftar, tuan perlu mendapat lesen Real Estate Agent (REA). Tuan boleh melayari website LPPEH untuk maklumat lanjut.

      Ada banyak syarikat perumahan di Kelantan. tuan boleh google atau search di facebook untuk maklumat lanjut.

      Like

  4. Saya iskandar dzulkarnain penolong pengurus agrobank. Sekiranya terdapat pembelian tanah berstatus pertanian yg memerlukan pembiayaan. Boleh wasap saya 0199309015. Begitu juga pembiayaan projek pertanian/penternakan/perikanan dan perniagaan yg berkait dgn yg di atas. Terima kasih.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s