Minta pertolongan ejen hartanah anda untuk mengira RPGT

Cikgu Ahmad membeli sebuah rumah banglo di Kelantan berharga Rm 200 000 pada tahun 2013. Rumah banglo ini merupakan rumah beliau yang kedua. Pada tahun 2015, Cikgu Ahmad telah ditukarkan kerja ke Kuala Terengganu. Beliau berhasrat ingin menjual rumah ini dengan harga Rm 300 000. Sebelum menjual, beliau telah renovate rumah tersebut dan menelan belanja sebanyak Rm 20 000. Cikgu Ahmad ini seorang yang bijak, dia tahu hasil penjualan tersebut akan dikenakan RPGT. Lalu dia berjumpa encik Safwan (bukan nama sebenar), seorang ejen hartanah di Kelantan untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Soalan, kira berapakah RPGT yang perlu dibayar?

RPGT yang dikenakan: 30% daripada keuntungan jualan. (Sebab baru dua tahun miliki rumah tersebut)

Keuntungan jualan = Harga Jual beserta kos-kos berkaitan  – Harga Beli beserta kos-kos berkaitan.

Harga Jual Rm 300 000
– Kos renovasi Rm 20 000
– Kos ejen hartanah 3%, Rm 9000
– kos guaman Rm 3000
Harga jual selepas tolak kos berkaitan: Rm 268 000

Harga beli Rm 200 000
+ Kos guaman Rm 2500
+ Duti setem Rm 3000
Harga beli selepas tambah kos berkaitan Rm 205 500

Keuntungan jualan = Rm 268 000 – Rm 205 500 = Rm 62 500

Tolak pelepasan 10% atau RM 10 000 yang mana lebih tinggi.

Rm 62 500 – Rm 10 000 = Rm 52 500

RPGT = 30% x Rm 52 500 = Rm 15 750

Begitulah alkisahnya.

3 Replies to “Minta pertolongan ejen hartanah anda untuk mengira RPGT”

    1. Terima kasih kerana bertanya.

      Sebenarnya bukan tidak boleh dijual, tetapi sekiranya jual dalam 5 tahun, ada 2 keadaan berikut:

      1. Ada sesetengah bank mengenakan lock-in period. Sekiranya tuan jual dalam tempoh masa tertentu, contohnya sebelum cukup 5 tahun, tuan dikenakan penalti. Boleh rujuk bank yang tuan buat loan.

      2. CKHT / RPGT. Sebelum tahun 2019, sesiapa yang menjual hartanah sebelum cukup 5 tahun pemilikan, dikenakan CKHT. Kalau jual selepas 5 tahun, tidak kena. Tetapi bermula tahun 2019, walaupun jual selepas 5 tahun tetap kena CKHT dengan peratusan serendah 5% daripada keuntungan.

      Rujuk post saya berkenaan CKHT di sini. https://safwansalleh.com/2015/08/14/minta-pertolongan-ejen-hartanah-anda-untuk-mengira-rpgt/

Leave a Reply to safwansalleh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *