Jangan melabur dalam hartanah kalau anda tidak tahu apa itu RPGT

Apa itu RPGT (real property gain tax), atau lama lainnya CKHT (cukai keuntungan harta tanah)?

Perkara pertama yang anda perlu tahu ia adalah sejenis cukai. Ya, cukai yang membantut anda untuk menjadi kaya, hehe. Nampaknya kerajaan kita tak suka rakyatnya kaya-raya?

Sebenarnya RPGT ini menghalang berlakunya spekulasi di mana pelabur mendapat keuntungan dengan membeli hanya untuk menjual semula. Cukai ini dikenakan mengikut Akta Cukai Keuntungan Modal ( 1975 terpinda).

Kadarnya seperti berikut:

credit to e-cukai.com

Jadi jika anda membeli rumah pada tahun 2013 dan ingin menjualnya pada tahun 2015, anda akan dikenakan RPGT sebanyak 30% daripada keuntungan jualan. Banyak woo.

Keuntungan jualan dikira apabila (harga jual TOLAK kos-kos berkaitan) – (harga belian TAMBAH kos-kos berkaitan).

Kos-kos berkaitan jualan:

  1. Kos guaman.
  2. Kos perunding hartanah
  3. Kos renovasi rumah.

Kos-kos berkaitan belian:

  1. Kos guaman.
  2. Kos pembayaran duti setem.

Sekejap, ada berita baik di sini. Sebenarnya ada pengecualian dalam RPGT:

  1. Keuntungan bagi penjualan hartanah kediaman bagi individu, sekali dalam seumur hidup. Gunakannya dengan sebaik mungkin.
  2. Kalau jual rumah kepada ahli keluarga, keuntungannya tidak dikenakan RPGT.
  3. 10% daripada keuntungan atau RM 10 000, yang mana lebih tinggi, tidak dikenakan cukai. Ini dah dapat diskaun sebanyak 10k.

Jadi, Bilakah anda perlu bayar RPGT? Jawapannya ialah 60 hari selepas hartanah tersebut dijual. Bayar di LHDN. Sila tanya lawyer yang anda lantik, sebab ini memang kebiasannya kerja mereka.

Untuk contoh pengiraan RPGT, saya akan kongsi dalam entri lain. Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s