Aku tertarik dengan penulisan Robert Kiyosaki, konsep financial education yang disebut dalam buku-buku beliau. Buku-buku berkenaan financial education mula dibaca olehku selepas tamat pengajian universiti. Oh ruginya aku tidak terdedah kepada buku-buku ini sewaktu alam pengajian dulu, tapi alhamdulillah aku masih tidak terlewat.
Sebenarnya dari dulu aku berminat dengan investment. Aku selalu berfikir apakah instrumen pelaburan yang terbaik. Apa yang dapat ku lihat buat masa ini, pelaburan yang terbaik adalah dalam bidang hartanah. Kenapa?
- Kurang berisiko, anda boleh nampak dengan biji mata anda benda yang nak dilaburkan. Cuba bandingkan pelaburan hartanah dengan pelaburan saham atau emas?
- Harga hartanah yang sentiasa naik, maksudnya kadar ROI (pulangan pelaburan) yang tinggi.
- Boleh dapat pembiayaan. Dengan kata lain, boleh buat duit dengan menggunakan duit orang lain.
- Boleh dibuat pelepasan cukai. (Bab-bab cukai ni, kena tunggu lain episod baru kita bincang)
- …dan banyak lagi. Cerita sampai esok pun tak habis.
Ringkasnya tak rugi kalau anda melabur dalam hartanah, lebih-lebih jika bermula pada usia yang muda. Kalau dah berumur nak pencen baru lah nak beli property pertama untuk pelaburan…huhu, bukan tak boleh, tapi alahai sayaangnya.
Jadi tunggu apa lagi kawan-kawan? Mulakan langkah anda sekarang.
Bagaimana nak mula?
Jika anda masih kosong tentang hartanah, maka laburkanlah duit anda untuk menambah ilmu. Beli buku-buku yang berkaitan, join mana-mana seminar yang bagus. Ada juga blog atau website free yang bagi tips-tips tentang pelaburan hartanah, boleh dijadikan rujukan anda.
InsyaAllah saya selaku ejen hartanah akan berkongsi di sini sedikit sebanyak tentang hartanah, terutamanya yang berkaitan dengan jual-beli hartanah. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Selamat membaca.