Lantik Juru Ukur Sebelum Membeli Tanah

Sekiranya anda berkenan untuk membeli sekeping tanah di mana-mana lokasi, antara perkara penting yang perlu dibuat sebelum membuat bayaran penuh adalah melantik juru ukur. Fungsi juru ukur adalah untuk menanda sempadan tanah yang dibeli, dan juga untuk memastikan lokasi tanah tersebut adalah betul seperti yang diberitahu oleh penjual. Saya ingin kongsi pengalaman saya sendiri ketika … Continue reading Lantik Juru Ukur Sebelum Membeli Tanah

Cara-cara Membaca Geran Tanah (Siri 2)

Maklumat-maklumat hartanah adalah kandungan utama dalam geran. Jom kita tengok satu persatu. Saya hanya fokus pada item-item yang penting sahaja. Negeri: Negeri mana tanah tersebut berada. Daerah / Jajahan: Yang menarik di Kelantan, pejabat tanah adalah mengikut jajahan, bukan daerah. 10 jajahan yang ada di Kelantan. Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Bachok, Kuala Krai, … Continue reading Cara-cara Membaca Geran Tanah (Siri 2)

Cara Membaca Geran Tanah (Siri 1)

Kali ni saya mahu kongsi tips yang bersifat umum, sesuai untuk penjual dan pembeli hartanah. Bagaimana kaedah-kaedah membaca geran tanah. Apa yang saya cuba kongsikan adalah ilmu asas sahaja, selebihnya terpulang kepada anda untuk dapatkan maklumat lanjut. Kebiasaannya geran tanah mempunyai 3 muka surat. Muka surat pertama terdapat maklumat berkenaan tanah. Muka surat kedua maklumat … Continue reading Cara Membaca Geran Tanah (Siri 1)

Apakah kos yang perlu ditanggung untuk membeli rumah?

Penting bagi setiap pembeli rumah untuk mengetahui apa kos yang perlu dibayar secara tunai untuk membeli sesebuah rumah. Ramai yang menyangka dia tak perlu menanggung apa-apa kos melainkan sejumlah deposit sahaja, tapi sebenarnya tidak. Sebenarnya kos-kos pembelian rumah berbeza mengikut jenis hartanah yang dibeli. Rumah baru, rumah second hand (subsale), dan rumah lelong masing-masing mempunyai … Continue reading Apakah kos yang perlu ditanggung untuk membeli rumah?

Pemilihan Bank untuk Pinjaman Perumahan

Ramai yang bertanya bank yang mana sesuai untuk dibuat pinjaman perumahan. Bagi saya ia terpulang kepada kehendak dan kemampuan masing-masing. Secara umumnya saya hanya boleh kongsi beberapa tips secara umum, seterusnya terpulang kepada pembaca untuk survey bank mana yang menepati ciri-ciri yang sesuai dengan dirinya. 1. Kadar interest yang terendah.  Kebiasaannya inilah faktor utama yang mempengaruhi bank … Continue reading Pemilihan Bank untuk Pinjaman Perumahan

Pemilikan Hartanah Strata di Kelantan untuk Orang Bukan Kelantan (2)

Seperti yang dijanjikan (walaupun sedikit lewat..hehe), ada beberapa soalan yg perlu sy jawab. Rujuk post lepas di sini. Jawapan-jawapannya seperti berikut: KEBIASAANNYA taraf pegangan strata title akan kekal seperti mana keadaan master title. Maka sekiranya master title mempunyai taraf pegangan selama-lamanya (freehold)..maka strata title pun tetap akan jadi selama-lamanya. Sekiranya mana-mana pihak sama ada individu … Continue reading Pemilikan Hartanah Strata di Kelantan untuk Orang Bukan Kelantan (2)

Pemilikan hartanah strata di Kelantan untuk orang bukan Kelantan.

Saya ada seorang client yang mana nak jual satu unit apartmen KBCC beliau. Sudah berbulan-bulan saya advertise unit ni, tapi masih belum dapat pembeli. Susah juga nk jual apartmen di Kelantan ni, walaupun ianya boleh generate positive cashflow! Mungkin sebab majoriti ore Kelate suka duduk rumah banglo walaupun ianya kecil. Apa yang saya nak kongsikan … Continue reading Pemilikan hartanah strata di Kelantan untuk orang bukan Kelantan.

Tanah Kelantan untuk Orang Kelantan

Ramai orang bertanya tentang isu ini. Adakah hanya orang Kelantan yang boleh memiliki hartanah di Kelantan? Secara umum, jawapannya adalah 'Ya'. Ini kerana berpandukan Enakmen Tanah Kelantan tahun 1938 yang menyatakan bahawa 'anak Kelantan (native of Kelantan) sahaja yang boleh memilik tanah di Kelantan. Definisi anak Kelantan terbahagi kepada 5: a) sesiapa yang lahir di … Continue reading Tanah Kelantan untuk Orang Kelantan

Langkah-langkah menjadi perunding hartanah / real estate negotiator (REN) di Kelantan.

Saya kerap kali mendapat pertanyaan bagaimana ingin menjadi ejen / perunding hartanah berdaftar di Kelantan & apa kelayakannya. Sebenarnya prosedurnya tidaklah sebegitu rumit. Apa yang saya tahu, anda tidak perlu memilik apa-apa kelayakan akademik untuk menjadi perunding hartanah berdaftar. Cukup dengan hanya menjadi warganegara Malaysia. Pertama anda perlu menghadiri Negotiator Certification Course (NCC), iaitu kursus … Continue reading Langkah-langkah menjadi perunding hartanah / real estate negotiator (REN) di Kelantan.